pak III | IB pajak; ~ temurun Id pak (pajak) atas tanah yg berlanjutan turun-temurun; mengepak 1. memajak; 2. bp memborong; mengepakkan menyerahkan atau memborong sesuatu dgn cara pak (pajak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kirap I | ; mengirap 1. mengibar-ngibarkan (mengibas-ngibaskan, mengepak-ngepakkan) sayap; 2. menggerak-gerakkan perisai ke atas ke bawah, menangkis-nangkis dgn perisai: dikirapnya perisai menyalahkan parang pendekar itu; mengirapkan 1. mengibaskan, mengepakkan (sayap), mengiraikan (kain dll); 2. menggerak-gerakkan ke atas ke bawah dsb (perisai, penangkis, dsb), mengayunkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengepak | 1. memajak; 2. bp memborong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengirapkan | 1. mengibaskan, mengepakkan (sayap), mengiraikan (kain dll); 2. menggerak-gerakkan ke atas ke bawah dsb (perisai, penangkis, dsb), mengayunkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepak | 1. sayap: ayam jantan itu mengibar-ngibarkan ~nya; ~ burung; ~ kupu-kupu; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai sayap; ~ pintu daun pintu; berkepak 1. mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dll): setengah-setengah haiwan yg ~ tidak dapat terbang; ada burung yg ~ besar dan ada yg ~ kecil; 2. berdaun (bkn pintu, tingkap): pintu ~ dua; 3. = berkepak-kepak mengibarkan kepak (spt ayam jantan yg hendak berkokok); mengepak-ngepak = terkepak-kepak berkepak-kepak, mengibar-ngibarkan kepak (sayap); mengepak-ngepakkan mengibar-ngibarkan (sayap). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengirap | 1. mengibar-ngibarkan (mengibas-ngibaskan, mengepak-ngepakkan) sayap; 2. menggerak-gerakkan perisai ke atas ke bawah, menangkis-nangkis dgn perisai: dikirapnya perisai menyalahkan parang pendekar itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memajak | 1. mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, mengepak; 2. menggadai: ~ barang-barang emas; 3. menjual di pajak: dia memanaskan susu lembu yg dipajaknya setiap pagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengirai | 1. = mengiraikan mengibas-ngibaskan dgn keras (supaya hilang debu dll), mengirapkan, mengepak-ngepakkan atau menggoyang-goyangkan (sayap, bulu, dll): ~ kain sebelum menjemurnya; 2. menampi (beras dll) dgn menggerak-gerakkan bekas (spt nyiru dll); 3. menyebarkan (membentangkan, menyerakkan) padi dll (utk dijemur); 4. membongkar atau merombak (susunan pakaian dll): tangannya ~ fail mencari sesuatu; terlalu keras periksanya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikirai dan habis badan diperiksa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pak II | 1. peti atau kotak (dibuat drpd kayu) tempat barang; 2. IB bungkus (tembakau, rokok, dll); mengepak membungkus (membalut dll) barang-barang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepak | 1 bahagian tubuh yg terdapat pd binatang jenis burung atau pd serangga yg digunakannya utk terbang; sayap: ~ burung. 2 bahagian drpd sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang. berkepak mempunyai kepak; bersayap. mengepak-ngepak mengibas-ngibaskan kepak (spt ayam yg hendak berkokok dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |