Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.pos] | مڠڤوس

Definisi : mengirim (surat dll) melalui pos; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.pos] | مڠڤوس

Definisi : mengirim (surat dll) melalui pos: Dia sudah pun ~ surat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pos
Kata Terbitan : mengepos, pengeposan, pengepos,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengeposmengirim (surat dll) melalui pos: Dia sudah pun ~ surat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengeposmengirim (surat dll) melalui pos;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengeposkanmengepos utk: dia pergi ke pekan utk ~ kakaknya surat.Kamus Dewan Edisi Keempat
peti suratpeti (di tepi jalan, di pejabat pos) tempat mengepos surat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pos I1 badan (syarikat) yg mengurus hal-hal mengenai kiriman surat (barang, wang dll). 2 barang-barang (spt surat, wang) yg dikirim dgn perantaraan pos 1. ~ laju perkhidmatan menghantar surat, bungkusan dsb dgn cepat, yg disediakan oleh pejabat pos atau syarikat tertentu, dan dikenakan bayaran. mengepos mengirim (surat dll) melalui pos: Dia sudah pun ~ surat itu. mengeposkan mengirim (surat dll) utk seseorang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
surat I1. kertas yg ditulis, segala sesuatu yg tertulis (tercetak dll): maka dikeluarkannya dua gulung ~; juru~ orang yg menulis surat (penulis); 2. = ~ kiriman kertas yg ditulis (mengandungi khabar dll) dan dikirim kpd orang lain: dia baru menerima ~ drpd ayahnya; peti ~ peti (di tepi jalan, di pejabat pos) tempat mengepos surat; sampul ~ = sarung ~ selongsong drpd kertas (tempat memasukkan surat yg hendak dikirim); tukang ~ Id tukang pos; 3. sesuatu yg ditulis, tulisan: dlm zaman itu, belumlah ada seorang pun yg terlebih pandai bahasa dan ~ Cina daripadanya; ~ akuan surat yg ditulis utk memperakukan sesuatu (spt barang jualan, kelayakan seseorang, dsb); ~ anggota Id surat tanda ahli sesuatu pertubuhan dll; ~ angkatan Id surat rasmi utk menjabat sesuatu jawatan; ~ anonim surat yg tidak diketahui penulisnya; ~ azimat kertas yg bertulis dgn ayat tertentu sbg tangkal dll; ~ bahari ark surat yg menge­sahkan penerimaan, resit; ~ beranak = ~ jadi = ~ lahir surat keterangan mengenai ke­lahiran dll; ~ berdaftar surat kiriman yg didaftarkan di pejabat pos (supaya tidak hilang); ~ berhenti a) surat pengesahan berhenti (dr sekolah) yg diberi oleh guru besar; b) surat memohon berhenti drpd jawatan; c) surat dipecat drpd jawatan; ~ belasungkawa surat utk menyatakan turut berdukacita; ~ buta = ~ gelap = ~ kaling = ~ mentega surat yg tidak diketahui penulisnya (khas utk meng­kritik dll); ~ cap surat yg rasmi; ~ cara dokumen undang-undang spt geran, kontrak, dsb; ~ cepat Id surat (penting) yg mesti disampaikan lekas-lekas; ~ cerai = ~ talak surat yg menyatakan bahawa si isteri telah diceraikan oleh suaminya; ~ dakwa surat yg mengandungi tuduhan yg dibacakan di hadapan hakim; ~ daftar senarai; ~ dinas Id = ~ jawatan surat urusan kerajaan (tidak dikenakan bayaran pos); ~ doktor surat pengesahan drpd doktor (menyatakan seseorang itu uzur dan tidak dapat bekerja); ~ edaran = ~ keliling = ~ pekeliling surat yg diedarkan (utk pengetahuan umum); ~ gadai a) surat tanda meminjam wang dgn meng­gadaikan barang; b) Id surat penetapan cukai; c) Id surat izin (senjata api dll); ~ hasrat (Eko) surat yg menyatakan keinginan seseorang atau sesuatu pihak utk melaksanakan kontrak, projek dsb; ~ hutang surat penga­kuan telah meminjam wang drpd orang; ~ ikatan (Eko) dokumen yg sah bagi perjanjian atau persetujuan antara pihak yg terlibat; ~ insurans surat perjanjian mengenai insurans, polisi; ~ iringan surat penjelasan yg dihantar bersama-sama dgn dokumen, barang dsb; ~ isian Id surat yg harus diisi, borang; ~ izin = ~ kebenaran surat yg menyatakan bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran utk melakukan (memiliki) sesuatu; ~ jaminan surat utk menjamin sesuatu (kelakuan baik orang dll); ~ jemputan = ~ undangan surat utk menjemput orang datang (ke majlis perkahwinan dll); ~ kahwin = ~ nikah surat pengesahan perkahwinan; ~ kawat telegram; ~ keberatan Id surat yg menyatakan ber­keberatan; ~ kenalan surat utk memperkenal­kan seseorang dll; ~ kepercayaan Id surat yg menyatakan bahawa pemegang surat itu telah dilantik menjadi wakil dll; ~ keterangan surat yg memberi keterangan bkn sesuatu; ~ kiriman surat yg dikirimkan dgn pos; ~ kredit (Eko) dokumen drpd sebuah bank kpd bank lain yg membenarkan pembayaran dibuat kpd penamanya apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport sbg bukti kemampuan pengimport membayar beliannya; ~ kuasa surat yg memberi kuasa kpd orang tertentu utk mengurus sesuatu; ~ layang = ~ terbang surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya surat yg mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu, dll); ~ lepas a) surat cerai; b) surat yg menyatakan sudah diberhentikan drpd jawatan; ~ mati surat keterangan tentang kematian; ~ nujum surat yg mengandungi hal bintang raksi (bintang dua belas); ~ paksa Id surat amaran yg diberikan kpd orang yg tidak membayar cukai; ~ partikelir Id surat yg bukan surat urusan kerajaan (bukan surat jawatan); ~ pas surat yg mengizinkan pembawanya lalu (membawa sesuatu dll); ~ pelekat surat iklan dll yg ditampalkan di mana­mana; ~ pemberitahuan surat utk mem­beritahukan sesuatu kpd orang; ~ pemilih = ~ suara Id surat utk memilih (wakil rakyat dll); ~ pengantar Id surat yg dikirim bersama barang yg dihantar; ~ perintah = ~ tugas Id surat yg menerangkan bahawa pembawanya ditugaskan (diperintahkan) utk melakukan sesuatu; ~ perjanjian surat yg menyatakan perjanjian yg telah dibuat; ~ permintaan = ~ permohonan a) surat utk meminta sesuatu drpd pembesar dll; b) surat utk melamar pekerjaan; ~ pujian = ~ puji-pujian a) surat yg menyatakan kebaikan sesuatu; b) surat yg mengandungi puji-pujian terhadap jasa orang dll; ~ rantai = ~ berantai surat yg dikirimkan kpd orang dan mesti disalin dan dikirimkan pula kpd orang lain; ~ rayuan surat yg mengandungi rayuan (supaya diringankan hukuman, diperkenankan permohonan, dll) kpd pembesar-pembesar dll; ~ salinan surat yg disalin dr surat asal; ~ saman = ~ sita surat yg mewajibkan orang hadir di muka hakim (di mahkamah); ~ sebaran = ~ selebaran surat yg dibahagi-bahagikan kpd orang ramai (mengandungi pengumuman utk orang ramai dll); ~ segel Id surat yg bercap (utk perjanjian dll); ~ sembah sl surat tanda tunduk (kpd raja lain); ~ sumpah a) surat pengganti surat beranak yg hilang (dikeluarkan oleh kerajaan); b) surat ikrar atau janji yg teguh; ~ syer surat yg menandakan seseorang memiliki syer (dlm sesuatu syarikat perdagangan dll); ~ tanda surat bukti atau pengakuan (resit, sijil, dll); ~ tempelan Id surat pelekat; ~ terbuka a) surat yg tidak dimasukkan ke dlm sampul surat; b) surat kpd orang tertentu yg disiarkan di dlm akhbar dll (sbg menyatakan bantahan dll); ~ tercatat = ~ terdaftar Id surat berdaftar; ~ titah surat yg mengandungi titah raja; ~ tuduhan surat yg mengandungi tuduhan; ~ tukar nama surat yg mengesahkan pertukaran milik (tanah, syer, dll); ~ ugutan surat yg mengugut atau mengancam; ~ ukur Id surat yg mengandungi pelan tanah serta pelan rumahnya sekali; ~ uleman Id surat jemputan; ~ undi (undian) a) surat yg berisi nombor utk mengundi; b) tiket loteri; ~ wakil surat yg membenarkan pembawanya bertindak sbg ganti orang yg mengeluarkan surat itu; ~ wasiat surat yg mengandungi pesanan orang yg meninggal; ~ atas batu prb sesuatu adat yg terus dipakai selama-lamanya; bersurat 1. memakai surat; para jemputan yg tidak ~ para jemputan yg dijemput dgn mulut (tidak dgn surat); 2. ditulis, bertulis; batu ~ prasasti; menyurat 1. membuat surat: ia pun meng­ambil upah ~; 2. menulis: kerjanya ~; se­bagai ~ di atas air prb pekerjaan yg sia-sia; surat-menyurat 1. saling berkirim surat, berkirim-kiriman surat: selepas banyak ~ antara London, Calcutta dan Singapura, Tengku Ali pun diberi wang sara; 2. perihal tulis-menulis surat, karang-mengarang surat; kerani ~ kerani yg mengurus hal surat (di pejabat dll); menyurati 1. menulis pd, menulisi; 2. menulis (mengirim) surat kpd; menyuratkan 1. menulis utk: suratkan ham­ba cerita ini; 2. menulis sesuatu pd: dirham itu disuratkan nama Raja Iskandar; 3. menulis, mencatatkan: dan hutang hamba suratkan saja dahulu, nanti diselesaikan semuanya; tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: pembaca tidak tahu akan maksud yg ~ itu; 2. telah ditakdirkan: kalau gerak takdir telah ~, entah hilang anakanda di laut lepas; suratan 1. sesuatu yg disurat, tulisan: apabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yg dibubuh cap; 2. = ~ takdir sesuatu yg telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang: ia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~; ~ tangan a) garis-garis (retak) pd tapak tangan; b) suratan takdir; persuratan perihal tulis-menulis, kepus­takaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pos I1. sistem atau perkhidmatan menghantar surat, bungkusan, dsb: tawaran-tawaran yg tidak dihantar melalui ~ hendaklah dimasukkan ke dlm peti tawaran di pejabat itu; kartu (kad) ~ Id kad bersetem yg dijual di pejabat pos dan boleh dikirim melalui pos pd kadar yg lebih rendah drpd surat yg bersampul; kereta ~ kereta yg menjalankan urusan jabatan pos; pejabat ~ = Id kantor ~ pejabat tempat mengirim surat (wang dll); 2. surat, bungkusan, dll yg dihantar melalui pos; 3. Id kereta (kuda dll) yg menguruskan kiriman surat dll pd zaman dahulu; 4. Id ark perhentian kereta pos pd zaman dahulu; 5. Id, bp perhentian kereta api dll, stesen; ~ berdaftar perkhidmatan menghantar surat, bungkusan dsb yg didaftarkan, biasanya dikenakan bayaran yg lebih mahal sedikit dan diberi ganti rugi sekiranya surat, bungkusan dsb itu hilang atau rosak; ~ laju sistem atau perkhidmatan menghantar bungkusan, surat dsb dgn cepat yg disediakan oleh jabatan pos atau syarikat tertentu; mengepos mengirim (surat dll) melalui pos; mengeposkan mengepos utk: dia pergi ke pekan utk ~ kakaknya surat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas