pengering | alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeringkan | menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengeringkan darah | menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeringkan | menjadikan kering, mengusahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeringkan | menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. | Kamus Pelajar |
sap | kain utk mengeringkan dakwat: kertas ~ kertas kembang utk mengeringkan dakwat. | Kamus Pelajar |
lap | kain utk menyapu; kertas ~ kertas utk mengeringkan dakwat; mengelap menyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap; mengelapkan menggunakan sesuatu utk mengelap: dia ~ tuala pd tumpahan itu; pengelapan perbuatan (kerja) mengelap; pengelap sesuatu (kain dll) yg digunakan utk mengelap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sap | = kertas ~ kertas (kain) lembut dan tebal yg boleh menyerap dakwat dan digunakan utk mengeringkan dakwat basah pd kertas selepas menulis; mengesap mengeringkan dakwat dgn kertas (kain) sap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jemur | 1. perihal mengeringkan (di panas matahari); dihukum ~ dihukum dgn diletakkan di panas matahari; 2. Id mandi (memanaskan badan) dgn panas matahari; 3. Mn padi yg dijemur; membangkit ~ mengangkat padi yg sudah dijemur; ~ terkekar, ayam tiba prb baru sahaja dikeluarkan barang dagangan, sudah banyak orang datang membeli; berjemur mengeringkan (memanaskan) badan di panas matahari: dia ~ di atas pasir; menjemur mengeringkan sesuatu di panas matahari: petani itu ~ padinya di tepi bendangnya; ~ dada ki berjalan membusungkan dada (sombong); ~ sementara hari panas prb kesempatan yg baik itu janganlah dilepaskan; meski ke langit akan ~, kalau hari tak panas tak juga kering prb kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan beruntung juga; terjemur dijemur, kena jemur; jemuran 1. barang yg dijemur; 2. Kl serambi rumah; penjemuran tempat (alat dll) utk menjemur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kering | 1 tidak berair: daun ~; Baju yg dijemur itu sudah ~. 2 tidak turun hujan; kemarau: musim ~. 3 ki habis wangnya; tidak berwang. mengering menjadi kering. mengeringkan menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. kekeringan 1 sifat atau keadaan kering. 2 (telah) menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3 ki kehabisan wang. pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengering atau mengeringkan: Getah keping itu dijadikan beralur-alur atau berbunga utk mempercepat proses ~. pengering alat utk mengeringkan sesuatu: ~ rambut; balang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |