sambat II | Jw; bersambat, menyambat me-minta pertolongan (utk mengerjakan sesuatu); sambatan 1. pertolongan (utk mengerjakan sesuatu), bantuan; 2. tolong-menolong; 3. orang yg menolong (mengerjakan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengerjakan | 1 membuat sesuatu kerja: Dia sentiasa ~ suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 2 membuat atau mengusahakan (sawah dll): Kebanyakan petani di sini ~ sawah. 3 menjalankan; melaksanakan; menyelesaikan: Segala rancangan telah dikerjakan dgn jayanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengerjakan haji (puasa, sembahyang, dll) | naik haji (berpuasa, bersembahyang, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengerjakan (mengerjai) mayat | menyempurnakan mayat (spt memandikan, mengafaninya dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengerjakan | 1. membuat (menjalankan) sesuatu kerja atau pekerjaan, membuat (melakukan) sesuatu: taat sungguh ia ~ segala suruhan Tuhan; 2. = mengerjai ark mengusahakan: kebanyakan petani di kawasan itu ~ tanah-tanah sewa; ~ (mengerjai) mayat menyempurnakan mayat (spt memandikan, mengafaninya dll); 3. melaksanakan (tugas, rancangan, kewajiban, dll), menjalankan, melakukan: segala rancangan yg sudah teratur hendaklah dikerjakan segera; ~ haji (puasa, sembahyang, dll) naik haji (berpuasa, bersembahyang, dll); 4. menyudahi, menyelesaikan, menghabisi: kerjakan ini dahulu sebelum dibuat kerja lain; 5. menghabisi, membunuh: musuh yg menyeludup habis dikerjakan, satu pun tak ada yg hidup; 6. mengadakan serta mengurus majlis perkahwinan dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengerjakan | 1. membuat sesuatu kerja:Dia sentiasa ~ suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 2. membuat atau mengusahakan (sawah dll): Kebanyakan petani di sini ~ sawah. 3. menjalankan; melaksanakan; menyelesaikan:Segala rancangan telah dikerjakan dgn jayanya. | Kamus Pelajar |
sibuk I | 1. banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk: di rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari; 2. banyak kenderaan lalu-lalang (bkn jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (bkn pelabuhan, lapangan terbang): jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dr pejabat; kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir; 3. suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain: dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut; bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu: mereka berpura-pura ~ dgn benda-benda di atas meja; menyibukkan 1. menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar; kesibukan 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yg menggila itu; penyibuk orang yg suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain: jangan suka jadi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengolah | mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg dikeluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg diolah drpd perbendaharaan lama; ~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk ditanami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olah II | ; mengolah mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg dikeluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg diolah drpd perbendaharaan lama; ~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk ditanami; olahan cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; pengolahan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yg segar; pengolah orang yg mengolah, alat utk mengolah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambatan | 1. pertolongan (utk mengerjakan sesuatu), bantuan; 2. tolong-menolong; 3. orang yg menolong (mengerjakan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |