mengesani | mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengesani | menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan sesuatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjejakan | perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani): alat itu menghasilkan isyarat keluaran berdigit dan mengawal isyarat bagi pemfokusan serta ~ alur laser. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merunuti | 1. mengikuti (menuruti, mengekori) jejak, mengesani: dirunutinya tapak itu sampai ke hujung kampung; 2. ki menyelidiki (mengusut) perkara dll: ~ perkara kecurangan dlm pembinaan rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merunut | , merunuti 1. mengikuti (menuruti, mengekori) jejak, mengesani: dirunutinya tapak itu sampai ke hujung kampung; 2. ki menyelidiki (mengusut) perkara dll: ~ perkara kecurangan dlm pembinaan rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjejaki | 1. menginjak; 2. mengikuti jejak atau bekas langkah, mengesani (mengikuti) perjalanan dsb: dr situlah angkatan perang Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris, India, dan Australia hingga ke Singapura; 3. ki mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dsb) seseorang dll, menyiasat, menyelidiki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membaui | 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengesan | 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan sesuatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runut | bekas tapak kaki dll, jejak, alur di tanah (bekas roda pedati dll): ~ harimau; ~ kereta; mendapat ~ mendapat keterangan (bkn perkara yg sedang diselidiki; putus ~ kehilangan jejak (bekas); songsang ~ Mn sj tenung; merunut, merunuti 1. mengikuti (menuruti, mengekori) jejak, mengesani: dirunutinya tapak itu sampai ke hujung kampung; 2. ki menyelidiki (mengusut) perkara dll: ~ perkara kecurangan dlm pembinaan rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jejak I | jejak I 1. bekas tapak kaki atau bekas langkah (orang atau binatang), bekas jalan perahu (dlm air), kesan: meninggalkan ~ di lumpur; 2. injak (jatuh kaki) hampir atau mengenai tanah dll, sampai di atau (hampir) kena pd sesuatu tahap (paras dsb); ~ bahu (bkn rambut) panjang hingga ke bahu; ~ bara (bkn barang yg bergantung) hampir sampai ke tanah dll; ~ tanah upacara pd ketika budak mula-mula menginjak tanah; bertikam ~ hampir seimbang (sama), hanya sedikit bezanya; 3. tabiat, tingkah laku, perangai; mengikuti ~ orang tuanya menurut kelakuan orang tuanya; ~nya keruh perbuatannya kurang baik; menghilangkan ~ menutupi kesalahan (perbuatan yg kurang baik); mencari ~ dlm air prb mengerjakan pekerjaan yg sia-sia; berjejak 1. meninggalkan bekas (kaki dll), berkesan: berjalan di lumpur ~; 2. menginjak di, bertumpu di: kakinya tidak ~ di bumi; menjejak 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar, dll), menginjak: dia ~ lantai simen itu; 2. sampai di, mengunjungi: inilah pertama kali dia ~ Semenanjung Malaysia; menjejaki 1. menginjak; 2. mengikuti jejak atau bekas langkah, mengesani (mengikuti) perjalanan dsb: dr situlah angkatan perang Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris, India, dan Australia hingga ke Singapura; 3. ki mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dsb) seseorang dll, menyiasat, menyelidiki; menjejakkan menginjakkan (kaki); penjejakan perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani): alat itu menghasilkan isyarat keluaran berdigit dan mengawal isyarat bagi pemfokusan serta ~ alur laser. | Kamus Dewan Edisi Keempat |