menggalangkan | 1 menjadikan sesuatu sbg galang; menggunakan sesuatu utk menggalang: Ahmad berbaring di atas katil sambil ~ tangan kirinya di bawah kepalanya. 2 meletakkan (perahu dll) di atas galang perahu: Mereka ~ perahu yg bocor itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggalangkan batang leher | ki sanggup berkorban; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggalangkan | 1. membuat sesuatu sbg galang: ~ paha di bawah kepala orang sakit; ~ batang leher ki sanggup berkorban; 2. meletakkan (perahu dsb) di atas galang: sampan yg bocor itu akan digalangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggalangkan | 1. menjadikan sesuatu sbg galang; menggunakan sesuatu utk menggalang: Ahmad berbaring di atas katil sambil ~ tangan kirinya di bawah kepalanya. 2. meletakkan (perahu dll) di atas galang perahu: Mereka ~ perahu yg bocor itu. | Kamus Pelajar |
mengalangkan | menggalangkan, mengalaskan, mengganjalkan; ~ leher = ~ merih mempertaruhkan nyawa utk menolong orang lain: saya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yg akan kauhadapi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengempang | 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan; 3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galang | , = galang-galang sesuatu yg dipasang melintang utk dijadikan landasan, penopang dll. ~ kepala bantal. ~ perahu kayu atau balak tempat meletakkan perahu yg hendak dibaiki atau dibersihkan. ~ rata galang yg rata permukaannya. ~ V galang yg terdiri drpd dua landasan (landasan luar dan landasan dalam) yg diletakkan agak renggang. bergalang 1 menggunakan galang; ada galangnya. 2 (sedang) terletak di atas galang; berada di atas galang. menggalang 1 memberi bergalang; menyokong; menyangga: Ia ~ kepalanya dgn bantal. 2 tidak membiarkan atau tidak melepaskan; menghalang. Ia tidak pernah ~ kemahuan anaknya. menggalangkan 1 menjadikan sesuatu sbg galang; menggunakan sesuatu utk menggalang: Ahmad berbaring di atas katil sambil ~ tangan kirinya di bawah kepalanya. 2 meletakkan (perahu dll) di atas galang perahu: Mereka ~ perahu yg bocor itu. galangan 1 tempat membaiki perahu atau kapal di darat. 2 sesuatu yg menghalang; halangan: Jika tidak ada ~ apa-apa, insya-Allah, saya akan pergi ke sana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalang I | galang, landasan, penyangga, ganjal (spt bantal dll), alas; ~ ayam tempat ayam bertenggek (tidur); ~ dada kayu (galah) yg diikat melintang (sbg pelampung) pd perahu; ~ dara gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; ~ ulu bantal kepala; berlentang ~ Kl lintang-pukang (tidak teratur); besar ~ penakut; sempit ~ mudah marah; terbalik ~ bertentangan pendapat; tidak tentu ~ tumpuan, tidak tentu ~ batang prb apabila marah semua orang digusari; selapik seketiduran, sebantal se~ ulu prb karib sekali (persahabatan); berkalang bergalang, beralas, berbantal, berganjal; (mati) ~ tanah ki mati; mengalang menggalang, menjadikan berbantal (berlandasan dll), mengalas, mengganjal; mengalangkan menggalangkan, mengalaskan, mengganjalkan; ~ leher = ~ merih mempertaruhkan nyawa utk menolong orang lain: saya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yg akan kauhadapi; memperkalang 1. menggunakan sbg bantal (alas); 2. ki menjunjung tinggi; terkalang tergalang, terganjal; ~ di mata, terasa di hati prb tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dll; lidah ~ prb tidak dapat membantah (menolak, menjawab, dll) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galang I | benda melintang utk landasan (penunjang, penopang, dll); ~ dapur a) papan di sekeliling tempat memasak; b) sj tumbuhan, gading; ~ ganti pengganti; ~ geta Kd gelegar; ~ kepala bantal (kepala); ~ perahu balak utk menyangga perahu; bergalang 1. menggunakan galang (bantal, landasan, dll); ~ tanah berbantal tanah; 2. berada di atas galang, sedang disangga (ditopang) dgn galang;menggalang 1. diberi galang (landasan,ganjal, dll), menyokong, menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): menyumbangkan tenaga dan fikiran utk ~ parti sendiri; 3. menghalang: barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja;menggalangkan 1. membuat sesuatu sbg galang: ~ paha di bawah kepala orang sakit; ~ batang leher ki sanggup berkorban; 2. meletakkan (perahu dsb) di atas galang: sampan yg bocor itu akan digalangkan;tergalang 1. digalang, berganjal; kapal ~ kapal yg terletak di atas galang; lidah ~ ki tidak dapat bertutur lagi (menyanggupi permintaan dll); 2. terhalang, tersekat; galangan 1. tempat membaiki kapal di darat, landasan; 2. halangan, sekatan: ketiadaan wang adalah satu ~ yg besar utk meneruskan pelajaranku; 3. = galang-galangan permatang sawah;penggalang sesuatu yg digunakan utk menggalang, perintang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empang I | 1. = empangan, pengempang tambak dll utk menahan arus atau aliran air (utk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dll), bendung, tebat: empangan moden telah dibina utk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; 2. kolam tempat memelihara ikan, tambak, tebat; 3. ki penghalang, perintang: malangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb a) perselisihan yg tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi; b) aturan (perintah) yg tidak boleh diubah (dilalui);berempangan mempunyai empangan: sungai yg ~;mengempang 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan;3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang; terempang terbendung, tertebat, tertahan; tiada ~ peluru oleh lalang prb kemahuan orang yg berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yg lemah; pengempangan perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini;pengempang empang(an). | Kamus Dewan Edisi Keempat |