menggariskan | 1 menggunakan sesuatu utk membuat garis; membuat garis dgn sesuatu: Anaknya telah ~ hujung paku itu pd dinding rumahnya. 2 membuat pedoman atau asas-asas yg dijadikan pegangan: Dlm hadis itu, Rasulullah ~ enam perkara yg wajib dijauhi oleh setiap muslim | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggariskan | 1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan (sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggariskan | 1. menggunakan sesuatu utk membuat garis; membuat garis dgn sesuatu: Anaknya telah ~ hujung paku itu pd dinding rumahnya. 2. membuat pedoman atau asas-asas yg dijadikan pegangan: Dlm hadis itu, Rasulullah ~ enam perkara yg wajib dijauhi oleh setiap muslim. | Kamus Pelajar |
menggoreskan | menggariskan, menggaritkan: ~ pisau pd meja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencorengkan | menggariskan, mencontengkan, mencoretkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
autogaris(autoscore) | Suruhan dalam pemprosesan kata yang menyuruh komputer menggariskan kesemua teks yang terpilih secara automatik. | Kamus Komputer |
garit I | kesan drpd membuat garis dgn menggunakan sesuatu yg tajam; kesan menggariskan sesuatu yg tajam. bergarit mempunyai garit; terdapat garit. menggarit membuat garit pd sesuatu dgn benda tajam. menggaritkan 1 membuat atau melukis corak dgn menggarit: Corak yg mudah biasanya digaritkan terus pd keping logam itu. 2 menggunakan sesuatu yg tajam utk membuat garit; membuat garit dgn sesuatu yg tajam: Dia ditegur kerana ~ dawai itu pd meja tulis. penggarit alat yg tajam drpd logam, kayu dll yg digunakan utk membuat garit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
garit I | kesan drpd membuat garis dgn menggunakan sesuatu yg tajam; kesan menggariskan sesuatu yg tajam. bergarit mempunyai garit; terdapat garit. menggarit membuat garit pd sesuatu dgn benda tajam. menggaritkan 1. membuat atau melukis corak dgn menggarit: Corak yg mudah biasanya digaritkan terus pd keping logam itu. 2. menggunakan sesuatu yg tajam utk membuat garit; membuat garit dgn sesuatu yg tajam: Dia ditegur kerana ~ dawai itu pd meja tulis. penggarit alat yg tajam drpd logam, kayu dll yg digunakan utk membuat garit. | Kamus Pelajar |
gores | (gorés) garis, calar, coret (corek); ~ api korek api, mancis; bergores, bergores-gores bergaris(-garis), bercalar(-calar), berparut(-parut); menggores menggaris, mencalar, menggarit; ~ hati melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan; menggoreskan menggariskan, menggaritkan: ~ pisau pd meja; tergores tergaris, tercorek; ~ dlm hati terlintas dlm hati, terfikirkan: tidak ~ dlm hatiku derhaka kepadanya; goresan yg sudah digores (digaris), tanda atau bekas digores; penggoresan perihal menggores, pencalaran, penggaritan; penggores alat (spt pisau dll) utk menggores. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
coreng (coréng) I | garis kasar panjang, conteng; ~-moreng penuh dgn coreng; bercoreng, bercorengan, bercoreng-coreng, bercoreng-corengan mempunyai banyak coreng (kotor) yg tidak tentu rupanya: tembok bilik mandi itu ~; bercoreng-moreng kotor penuh berconteng-conteng; mencoreng menggaris kasar panjang, menconteng: gambar-gambar calon yg terpampang di situ sudah dicoreng-coreng dgn arang; mencorengkan menggariskan, mencontengkan, mencoretkan; tercoreng terconteng; malu ~ di muka (dahi) prb mendapat malu besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |