menggayutkan | menyangkut supaya bergayut: Ia ~ kalung yg baru dibelinya itu ke leher anaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggayutkan | menyangkutkan, menggantungkan: ia ~ songkok pd sangkutan di dinding; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggayutkan | menyangkut supaya bergayut: Ia ~ kalung yg baru dibelinya itu ke leher anaknya. | Kamus Pelajar |
menyangkutkan | meletakkan sesuatu pd kait; menggantungkan; menggayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu . | Kamus Pelajar |
menyangkutkan | 1. menggantungkan (pd kait dll), memautkan, menggayutkan: lempeng-nya itu pun disangkutkannya pd sigai tempat ia memanjat pohon itu; 2. = mempersang-kutkan menjadikan kait-mengait, me-libatkan, mengaitkan, menyangkutpautkan: satu krisis besar pernah berlaku yg ~ menteri; ~ hati ki menumpukan cinta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangkut; bersangkut | menyangkutkan meletakkan sesuatu pd kait; menggantungkan; menggayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu . | Kamus Pelajar |
gayut | ; bergayut berpegang pd sesuatu dan kaki tidak menjejak tanah dll (bkn orang, monyet dsb); terletak bergantung (bkn sesuatu spt buah atau loceng): Kera itu ~ pd dahan kayu. bergayutan bergayut banyak-banyak: Belon ~ di dlm bilik yg dihias indah itu. menggayutkan menyangkut supaya bergayut: Ia ~ kalung yg baru dibelinya itu ke leher anaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gayut | bergayut berpegang pd sesuatu dan kaki tidak menjejak tanah dll; (bkn sesuatu spt buah, loceng dsb) terletak bergantung: Kera itu ~ pd dahan kayu. bergayutan bergayut banyak-banyak:Belon ~ di dlm bilik yg dihias indah itu. menggayutkan menyangkut supaya bergayut: Ia ~ kalung yg baru dibelinya itu ke leher anaknya. | Kamus Pelajar |
gayut | ; bergayut bergantung (lampu dll), berpaut (kera dll), berpegang kuat-kuat: budak itu ~ pd dahan kayu;bergayutan bergayut banyak-banyak: lampu-lampu hijau merah ~ di sekeliling masjid;menggayuti 1. menyangkut sesuatu pd: rantai itu ~ kakiku sewaktu di penjara; 2. ki menjadi beban kerana tanggungan dll: sejak kematian suami, tugas mendidik anak telah ~ dirinya; menggayutkan menyangkutkan, menggantungkan: ia ~ songkok pd sangkutan di dinding; gayutan sangkutan , cantelan; ®senggayut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangkut | sl = tersangkut terpikat: lagi pula rasa hamba pun ~ melihat muka tuan hamba; bersangkut 1. bergantung, berpaut, berpegang: ilmu yg menjadi tempat ~ keper-cayaanku; 2. = bersangkutan bersangkut paut: sifat mereka itu pun, pd umumnya, tiada memantangkan barang sesuatu pekerja-an yg ~ dgn kewujudan dan maksudnya; 3. = bersangkutan terlibat (dlm sesuatu perkara), berkenaan, berhubungan: hal besar-besar yg ~ dgn pemerintahan dan kerajaan; orang yg bersangkutan itu ayah dan abangku sendiri; menyangkut 1. menggantung (pd kait dll), memaut, menggayut: dia ~ lampu itu di tengah-tengah ruang rumahnya; 2. ber-sangkutan dgn, berkaitan (bertalian) dgn: empat drpd kriteria ini bersifat ekstrinsik belaka, iaitu yg ~ soal kemanusiaan dan kemasyarakatan; sangkut-menyangkut hubungan, kaitan, kena-mengena; menyangkutkan 1. menggantungkan (pd kait dll), memautkan, menggayutkan: lempeng-nya itu pun disangkutkannya pd sigai tempat ia memanjat pohon itu; 2. = mempersang-kutkan menjadikan kait-mengait, me-libatkan, mengaitkan, menyangkutpautkan: satu krisis besar pernah berlaku yg ~ menteri; ~ hati ki menumpukan cinta; tersangkut 1. tergantung pd sesuatu, terletak pd sesuatu (seluar pd duri dll): beg tangan putih yg ~ di jenjang kerusi; 2. terlibat sama, terbawa masuk, terbawa-bawa: kelima-lima orang ini tidak ~ dgn kejadian merompak itu; 3. tertumpu pd (pandangan), terlekat: pandangannya ~ pd parut di bawah siku tangan kanannya; 4. terhenti (perjalanan): di mana ~, di situlah singgah; 5. = ~ hati jatuh hati kpd, terpikat; tersangkut-sangkut terputus-putus, tertahan-tahan, gagap (percakapan dll): aku bertanya dlm bahasa Inggeris dgn cara yg ~; sangkutan 1. penyangkut; 2. gangguan (halangan dll); persangkutan perhubungan, pertalian; penyangkut tempat menyangkut sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |