menggegar | menggeletar, menggetar, gemuruh: bunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yg berdekatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
deraman | bunyi yg kuat menggegar spt bunyi gendang besar (aum harimau, guruh, dll); ~-derum bunyi deram yg berulang kali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keheningan | keadaan hening, kejernihan, kesunyian: jeritnya menggegar ~ malam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
deram I | = deraman bunyi yg kuat menggegar spt bunyi gendang besar (aum harimau, guruh, dll); ~-derum bunyi deram yg berulang kali; berderam = menderam berbunyi dgn kuat (spt bunyi gendang besar, guruh, enjin kereta, dll), bergemuruh: sesekali guruh menderam di sebelah barat; ~-derum berderam (berbunyi deram) berulang kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegar | gentar, goncang, goyang; bergegar bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan bom;menggegar menggeletar, menggetar, gemuruh: bunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yg berdekatan;menggegarkan menggoncangkan, menggoyangkan, menggetarkan: satu letupan ~ kapal itu; jeritan hatiku yg amat ~ jantung;tergegar tergoncang, tergoyang: kerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila; gegaran perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa; penggegar unsur (orang atau alat) yg menggegarkan sesuatu: beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hening | 1. tidak keruh, jernih, bening: air yg ~ mengalir dr bukit; 2. sunyi senyap, diam, sepi, lengang: suasana begitu ~, sehingga jarum jatuh pun boleh kedengaran rasanya; mengheningkan 1. menjadikan hening, menjernihkan: ~ minyak yg kotor; masanya sudah tiba utk ~ suasana yg keruh itu; 2. mendiamkan, menyenyapkan (keriuhan dll): lebih baik diheningkan saja kebisingan itu; 3. berdiam diri mengenangkan sesuatu; ~ cipta bertafakur, bersemadi; keheningan keadaan hening, kejernihan, kesunyian: jeritnya menggegar ~ malam; pengheningan perihal mengheningkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |