menggembar-gemburkan | meneriak-neriakkan dgn suara yg nyaring; melaung-laungkan: Dia tidak menunaikan janji yg digembar-gemburkannya dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggembar-gemburkan | meneriak-neriakkan dgn suara yg nyaring; melaung-laungkan: Dia tidak menunaikan janji yg digembar-gemburkannya dahulu. | Kamus Pelajar |
meneriak-neriakkan | menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dll), melaung-laungkan, mempropa-gandakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gembar | ; bergembar-gembur berteriak-teriak atau berseru dgn suara yg nyaring: Dia disuruh belajar dan bukannya ~ saja. menggembar-gemburkan meneriak-neriakkan dgn suara yg nyaring; melaung-laungkan: Dia tidak menunaikan janji yg digembar-gemburkannya dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggembar-gemburkan | menyorak-nyorakkan, menyeru-nyerukan, melaung-laungkan: apa gunanya semboyan palsu itu digembar-gemburkan; keburukan Pak Kasa sentiasa digembar-gemburkan, terutama oleh watak Dogol. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gembar | ; bergembar-gembur berteriak-teriak atau berseru dgn suara yg nyaring: Dia disuruh belajar dan bukannya ~ saja. menggembar-gemburkan meneriak-neriakkan dgn suara yg nyaring; melaung-laungkan: Dia tidak menunaikan janji yg digembar-gemburkannya dahulu. | Kamus Pelajar |
gembar-gembur | bersorak-sorak, berseru-seru: buatlah kerja awak, jangan asyik ~ saja; buah ~ cakap besar, borak; menggembar-gemburkan menyorak-nyorakkan, menyeru-nyerukan, melaung-laungkan: apa gunanya semboyan palsu itu digembar-gemburkan; keburukan Pak Kasa sentiasa digembar-gemburkan, terutama oleh watak Dogol. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneriakkan | 1. menyerukan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring, melaungkan, memekikkan: budak-budak berlarian ke kampung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas; 2. menyerukan atau menawarkan (dgn berteriak): kedengaran suara penjaja itu ~ barang-barang dagangannya; 3. = meneriak-neriakkan menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dll), melaung-laungkan, mempropa-gandakan: semboyan yg diteriakkan dan ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorak I | = ~-sorai bunyi teriak dan pekik orang ramai (kerana gembira, mengejek, dll): gemuruh bunyi tempik ~ segala hulubalang; di sekeliling terdengar bunyi petasan berletusan disela oleh ~ kawan-kawanku kerana kegirangan; biarlah alah sabung, menang ~ prb biarlah harta habis asal hati puas; dulu ~ kemudian tohok prb menggembar-gemburkan sesuatu pekerjaan yg belum pasti (terjadi, terbukti); bersorak = ~-sorai berteriak-teriak (kerana bersuka-suka, bergembira, dll): semuanya ~ ria; ramai orang yg ~ dgn gegak-gempita; menyoraki bersorak kpd (utk memberangsang, mengejek, dll), bersorak-sorak akan: dr kanan dan kiri, teman-temannya ~ keburukan emaknya; menyorakkan meneriakkan atau menyerukan dgn suara yg nyaring (kerana kesukaan, mengejek, dll): orang ramai ~ setuju; sorakan teriakan yg nyaring, sorak: ~ mereka masih berlanjut-lanjut; penyorak orang yg menyoraki (dlm sesuatu pertandingan, permainan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teriak | 1. teriakan; 2. Kd, Kl tangis; berteriak 1. berseru (memanggil dll) dgn suara yg keras dan nyaring, melaung, memekik: maka ~lah kawan bertanya, ‘Perahu dr mana ini?’; 2. Kd, Kl bp menangis; meneriak memanggil (menyeru, melaung) dgn suara yg keras dan nyaring: tiada berapa lama sampailah ia ke rumahnya, lalu Pak Pandir ~ Mak Andeh; meneriaki ark memanggil dgn berteriak; meneriakkan 1. menyerukan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring, melaungkan, memekikkan: budak-budak berlarian ke kampung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas; 2. menyerukan atau menawarkan (dgn berteriak): kedengaran suara penjaja itu ~ barang-barang dagangannya; 3. = meneriak-neriakkan menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dll), melaung-laungkan, mempropa-gandakan: semboyan yg diteriakkan dan ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana; teriakan seruan dgn suara yg keras dan nyaring (utk memanggil, menarik perhatian, dll), jeritan, laungan, pekikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |