gosok | ; ~ gigi Id ubat gigi; abu ~ sj abu utk menggilapkan camca, garpu, dll; ubat ~ ubat yg disapukan (disentalkan) pd tubuh; bergosok 1. bergeser, bergesel, bergeseran; 2. sudah digosok (digilapkan): kemas rupanya dgn pakaian yg berseterika keras dan sepatu yg ~; menggosok 1. membersihkan (menggilapkan dll) dgn tangan (berus, kain, dll), menggeser-geserkan (berus, kain, dll) pd sesuatu dgn keras, menyental: sbg orang gaji kerjanya ialah memasak, mencuci pakaian dan ~ lantai; 2. menyeterika (baju dll); 3. = menggosok-gosok membangkit-bangkitkan kemarahan, menghasut: jika tiada orang yg ~ tidak mungkin ia mahu melawan; 4. menggilap (mengasah, menyerodi) permata dll; 5. ark menggesek (biola dsb); menggosokkan, mempergosokkan 1. menggosok dgn (tangan, barang, dll), menggunakan sesuatu utk menggosok: Pawang Ahmad meramas limau serta ~nya ke badan orang sakit itu; 2. menjadikan bergeser, menggeserkan: sambil bercakap, orang India itu menggeleng-gelengkan kepala dan menggosok-gosokkan tapak tangannya; gosokan 1. sesuatu yg sudah digosok, pakaian dll yg akan atau sudah diseterika; 2. perihal menggosok; 3. = gosok-gosokan ki hasutan; penggosokan perihal menggosok; penggosok 1. alat utk menggosok; 2. orang yg menggosok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |