Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.diah.kan] | مڠهديهکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg hadiah, menganugerahkan: mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisah­an itu; dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.diah.kan] | مڠهديهکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg hadiah: Mereka telah ~ sebuah jam tangan kpd ketua mereka yg akan bersara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menghadiahkanmemberikan sesuatu sbg hadiah: Mereka telah ~ sebuah jam tangan kpd ketua mereka yg akan bersara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghadiahkanmemberikan sesuatu sbg hadiah, menganugerahkan: mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisah­an itu; dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghadiahkanmemberikan sesuatu sbg hadiah: Mereka telah ~ sebuah jam tangan kpd ketua mereka yg akan bersara.Kamus Pelajar
mempersalinkansl menghadiahkan se­leng-kap pakaian, menganugerahkan: baiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun Tuah supaya kita persalinkan dia;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengganjarkan1. menghadiahkan; 2. memberikan balasan;Kamus Dewan Edisi Keempat
bermurah hatimemberi sedekah, derma dll dgn suka hati: Ia telah ~ menghadiahkan wang sebanyak RM 1,000.00 kpd persatuan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bujang I1. tidak beristeri, tidak (belum) bersuami: sahabat-sahabat lelaki yg masih ~ lagi menghadiahkan sebuah puan kepadanya; 2. orang (laki-laki atau perempuan) yg sudah dewasa (sudah boleh berkahwin): di mana ~ yg tadi itu; 3. janda (perempuan); ~ bercerai janda yg diceraikan suaminya; ~ jalang perempuan jalang; ~ talang janda yg tidak mempunyai anak; 4. pelayan, pembantu rumah, jongos: lampu minyak tanah sudah lama dipasang oleh ~nya; 5. ki tidak berkawan, bersendirian; katil ~ katil utk satu orang; kopi (air) ~ kopi (air) sahaja (tidak bersama kuih dll); 6. bk kemaluan laki-laki; ~ dan khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg berlainan; ~ sabilillah sl tentera dlm perang suci; ~ serta khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg sama; bak ~ jolong berkeris (bersubang) prb orang yg sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yg baru diperoleh; bak ~ setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak prb orang yg menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan); membujang 1. hidup dgn tidak (belum) berkahwin: hidup ~ takkan semuanya lengkap; 2. bekerja sbg bujang (pembantu rumah): ia ~ kpd orang kaya; 3. Kl bersetubuh dgn pelacur; pembujangan perihal membujang, hidup membujang: dlm Islam, tidak digalakkan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
bermurah~ hati tidak kedekut utk memberi sedekah dll: Ia telah ~ hati menghadiahkan wang sebanyak RM1,000.00 kpd persatuan itu. Kamus Pelajar
murah hati1 suka memberi; tidak kedekut. 2 pengasih dan penyayang. bermurah hati memberi sedekah, derma dll dgn suka hati: Ia telah ~ menghadiahkan wang sebanyak RM 1,000.00 kpd persatuan itu. kemurahan hati sifat murah hati; kebaikan hati; sifat pengasih dan penyayang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ganjar; mengganjar, mengganjari 1. membalas jasa dgn hadiah, menghadiahi: kerajaan bercadang hendak ~ orang-orang yg telah berjasa kpd tanah air; 2. memberi balasan, memberi hukuman: pengganas-pengganas itu harus diganjar kalau tertangkap;mengganjarkan 1. menghadiahkan; 2. memberikan balasan; ganjaran 1. hadiah (utk perbuatan baik dll): Patih Gajah Mada pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis; 2. balasan (utk perbuatan jahat dll): dia akan mendapat ~ pd kemudian hari kerana kejahatan-kejahatannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas