hamba I | 1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain; ~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri); berhamba 1. memiliki (mempunyai) hamba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd baginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~; menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau sehingga ~ diri sendiri; menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; memperhamba memperlakukan sbg hamba; memperhambai mengabdi kpd; memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg hamba kpd, mengabdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu; diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~; kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; perhambaan perihal menjadi hamba (berhamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; penghambaan perihal atau perbuatan menghamba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghamba | , menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau sehingga ~ diri sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |