menghamburi | membuang-buang atau menaburkan sesuatu (bunga dll) pd; menaburi: Kedua-dua mempelai itu dihamburi bunga rampai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghamburi | melompati, menerjuni, menerkami: ia berdiri lurus, kemudian melonjakkan badannya ~ laut itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghamburi | menaburi, menyebar pd: setelah mayat dimakamkan kubur pun dihamburi bunga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghamburi | membuang-buang atau menaburkan sesuatu (bunga dll) pd; menaburi: Kedua-dua mempelai itu dihamburi bunga rampai. | Kamus Pelajar |
mengawuri | menaburi, menghamburi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menebari | menaburkan sesuatu pd; menghamburi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menebari | menaburkan sesuatu pd; menghamburi. | Kamus Pelajar |
awur I | ; mengawur menabur, menghambur; mengawuri menaburi, menghamburi; mengawurkan menaburkan, menghamburkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebar /tébar/; bertebar bertabur; berserak. | menebari menaburkan sesuatu pd; menghamburi. | Kamus Pelajar |
hambur II | ; berhamburan berterjunan, berlompatan ke bawah: segala hulubalang Peringgi pun pecahlah ~ lalu ke air; menghambur terjun, melompat (ke bawah): ia pun ~lah spt harimau yg pantas dr perahu ke jambatan; menghamburi melompati, menerjuni, menerkami: ia berdiri lurus, kemudian melonjakkan badannya ~ laut itu; menghamburkan melompatkan, menerjunkan: tetak tinggi diendapkan, tetak rendah dihamburkan; ~ kuda melompatkan kuda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |