menghempas tulang empat kerat | menggunakan tenaga (kekuatan) sendiri membanting tulang utk mengerjakan sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghempas tulang urat | = ~ tulang empat kerat menggunakan tenaga (kekuatan) sendiri membanting tulang utk mengerjakan sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghempas | 1. membanting, menjatuhkan (diri): ia ~ ke katilnya; 2. memukul (bkn ombak dll): ombak ~ pantai dgn keras dan tidak henti-hentinya; 3. menutup pintu, tingkap, dsb dgn melepaskannya dgn kuat: Hamid ~ pintu bilik utk menunjukkan kemarahannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghempas | 1. bergerak dgn pantas; melakukan sesuatu dgn cepat: Ia ~ ke kanan dan ke kiri kerana kesakitan. 2. memukul pd (bkn ombak dll): Kedengaran bunyi ombak ~ ke pantai. | Kamus Pelajar |
hempasan | 1. tempat ombak menghempas pantai (tempat yg dangkal); 2. perihal menghempas (bkn ombak), pukulan: ~ ombak yg sesekali itu menghanyutkan sampah yg terdapat di tepi pantai itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membanting | 1. menghempas: ombak ~; 2. = membantingkan menghempaskan (sesuatu): ia balik ke rumah dan ~ diri di tempat tidurnya; 3. menjadikan bergoyang (bergoncang); ~ cucian memukulkan cucian; ~ harga Id menurunkan harga; ~ padi memukulkan batang-batang padi pd dinding kepuk supaya padi itu terpisah dr batangnya dan terkumpul di dlm kepuk; ~ setir Id memutar stering (motokar); ~ tulang bekerja keras (mati-matian); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelut | memeluk hendak menghempas (menggulingkan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendampar | hanyut mengalir dgn kuat atau menghempas: Ombak ~ ke pantai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dampar | ; mendampar hanyut mengalir dgn kuat atau menghempas: Ombak ~ ke pantai. mendamparkan menghempaskan atau mencampakkan ke pantai. terdampar hanyut dan terhempas atau terkandas (di pantai): Kapal itu telah ~ di pantai sewaktu hujan ribut tadi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendampar | mengalir ke pantai (bkn air laut), menghempas (bkn ombak), membanting, memukul (pantai): ombak ~ ke pantai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |