rias | berkaitan dgn cara atau hal menghias diri. kaca ~ cermin utk berhias; kamar (ruang) ~ bilik tempat berhias diri; tukang ~ tukang menghias (pengantin). berias berhias (diri); bersolek: Ayu memang pandai ~. merias membuat (diri, anggota badan dsb) kelihatan cantik dan menarik; menghias; ~ mata menghias atau menyolek mata (dgn celak dll) supaya kelihatan cantik dan menarik; ~ rambut mengandam atau mendandan rambut. riasan hasil merias; solekan: ~nya begitu menarik sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merias | membuat (diri, anggota badan dsb) kelihatan cantik dan menarik; menghias; ~ mata menghias atau menyolek mata (dgn celak dll) supaya kelihatan cantik dan menarik; ~ rambut mengandam atau mendandan rambut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghias | menjadikan sesuatu lebih cantik (dgn barang yg indah-indah, gambar dll): Dia ~ biliknya dgn gambar dan kertas yg berwarna-warni. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghias | menjadikan sesuatu lebih cantik atau elok (dgn barang yg indah-indah, gambar, solekan, dll): orang perempuan spt Cik Mahaya ini, memang pintar ~ kamar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghias | menjadikan sesuatu lebih cantik (dgn barang yg indah-indah, gambar dll): Dia ~ biliknya dgn gambar dan kertas yg berwarna-warni. | Kamus Pelajar |
solek | /solék/ cara menghias diri: alat ~ alat spt bedak (gincu dll) yg digunakan utk menghias diri. bersolek berhias diri dgn memakai bedak (gincu dll): Kalau ~ pun, janganlah lama-lama sangat. menyolek mengenakan alat solek pd; memekap: ~ pengantin. solekan hasil menyolek: Dia kelihatan menarik dgn ~ yg nipis dan sederhana. persolekan hal bersolek. penyolek orang yg menyolek. pesolek orang yg suka bersolek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membungai | 1 menghias sesuatu dgn bunga; mengindahkan dgn bunga. 2 menjadikan sesuatu lebih indah atau cantik; menghias. 3 memberikan atau membayar bunga wang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
solek /solék/ | cara menghias diri: alat ~ alat spt bedak (gincu dll) yg digunakan utk menghias diri. bersolek berhias diri dgn memakai bedak (gincu dll): Kalau ~ pun janganlah lama-lama sangat. | Kamus Pelajar |
membungai | 1. = membunga-bungai menghias dgn bunga, memperelok dgn bunga; 2. memberi bunga (wang dll); 3. menghias: setiap wajah dibungai senyuman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membungai | 1. menghias sesuatu dgn bunga; mengindahkan dgn bunga. 2. menjadikan sesuatu lebih indah atau cantik; menghias. 3. memberikan atau membayar bunga wang. | Kamus Pelajar |