menghulurkan tangan | a. menganjurkan tangan utk berjabat tangan dll. b. memberikan bantuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghulurkan | 1 melepaskan sesuatu (spt tali) agar menjadi panjang: ~ tali layang-layang. 2 memberikan sesuatu dgn menganjurkan tangan; mengunjukkan: Dia ~ segelas air kpd suaminya. 3 mengeluarkan sesuatu memanjang; menjulurkan: Kucing itu ~ lidahnya utk menjilat makanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghulurkan | 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun dikosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia memanjangkan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpanjang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengunjukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghantar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) menganjurkan tangan (utk bersalaman dll); b) memberikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghulurkan | 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: ~ tali layang-layang. 2. memberikan sesuatu dgn menganjurkan tangan; mengunjukkan: Dia ~ segelas air kpd suaminya. 3. mengeluarkan sesuatu memanjang; menjulurkan: Kucing itu ~ lidahnya utk menjilat makanan. ~ tangan a. menganjurkan tangan utk berjabat tangan dll. b. memberikan bantuan. | Kamus Pelajar |
jilat | ; berjilat menghulurkan lidah utk merasai sesuatu; ~ besi menghulurkan lidah mengenai besi hangat (utk menentukan apakah seseorang itu bersalah ataupun tidak); menjilat 1. merasa (mengambil) makanan dll dgn lidah: susu yg tumpah itu habis dijilat kucing; 2. (bkn api) makin bertambah besar dan mulai memakan: api dr rumah sebelah sudah mulai ~ atap pondok Pak Mat; 3. = ~ pantat Id mengangkat, melakukan sesuatu utk menyukakan hati orang atasan dll (utk mendapat pangkat, pujian, dll); menjilat-jilat menjilat berkali-kali;~ cak Kl, bk mati; ~ tapak tangan ki sesuatu (benda dll) yg diharap-harapkan, tetapi tidak didapatinya; sudah diludah, dijilat kembali prb sudah dicela (dibuang) dipuji (dipungut) kembali; jilatan 1. perihal menjilat; 2. barang apa yg dijilat; penjilat orang yg menjilat (mengangkat seseorang), tukang angkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unjuk | ; mengunjuk mengangkat serta menghulurkan tangan ke atas, ke hadapan dsb. mengunjukkan 1 menghulurkan (tangan) ke atas, ke hadapan ataupun kpd; menganjurkan: Masing-masing ~ tangan utk bersalam dgn pembesar itu. 2 memberikan sesuatu dgn tangan terhulur: Ia ~ buku itu kpd adiknya. pengunjukan perbuatan atau hal mengunjukkan; pemberian dgn tangan terhulur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lunjur | menghulurkan kaki (sewaktu duduk dll), mengunjurkan kaki: tempat duduk banyak yg kosong, jadi kami pun tidur berlunjur; berapa panjang ~, begitulah selimut prb membuat sesuatu biarlah menurut kesanggupan diri sendiri; melunjurkan 1. menghulurkan, mengunjurkan (kaki): ia duduk di beranda dgn ~ kaki bermalas-malas; 2. ki meluaskan: ia akan ~ makna dalamannya; terlunjur terentang, terhulur (kaki), terbaring mengunjur: di atas kaki yg ~ itu, anaknya meletakkan kepalanya; unjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jengah I | ; menjengah 1. melihat (menengok) dgn menghulurkan kepala, menjenguk: sekali-sekala ia ~ keluar tingkap memerhatikan ketibaan anaknya; 2. (datang) mengunjungi: sudah lama betul awak tak ~ ke sini; menjengahkan menghulurkan (kepala): kadang-kadang aku ~ kepalaku keluar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jengah | ; menjengah 1 melihat atau menengok dgn menghulurkan kepala; menjenguk: Sekali-sekala ia ~ ke luar tingkap melihat orang lalu. 2 datang atau pergi menemui; mengunjungi; menziarahi: Lama betul anaknya tidak ~ dia. menjengahkan menghulurkan (kepala) utk melihat; menjengukkan: Dia ~ kepalanya utk melihat siapa yg datang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjenguk | 1 melihat dgn menghulurkan kepala ke hadapan atau dgn membongkok; menjengah: Amin ~ ke luar utk melihat siapa yg baru datang itu. 2 menengok-nengok; mengunjungi; menziarahi: Ia selalu juga ~ orang tuanya di kampung. menjengukkan; ~ kepala menghulurkan kepala ke luar (jendela, pintu dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |