ikhtiar | Ar 1. pilihan (pertimbangan, kehendak, pendapat, dll) yg terbaik: apa ~ tuan mengenai masalah ini?; terserah kpd ~ tuan terserah kpd pertimbangan tuan; telah kehabisan ~ tidak dapat berbuat apa-apa lagi, telah hilang akal; 2. daya, upaya, usaha: segala ~ telah dijalankan tetapi penyakitnya belum juga sembuh; mencari ~ mencari jalan, mencari akal; ~ menjalani, untung menyudahi prb usaha mestilah dijalankan utk mencapai sesuatu maksud (berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib); berikhtiar berusaha, berdaya upaya: sekarang sudah sampailah masanya kita ~ membantu dia; mengikhtiarkan 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2. memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kpd mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertahankan | 1. mengikhtiarkan supaya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melindungi, membela: jika kompeni menyerang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengikhtiarkan | 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2. memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kpd mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengupayakan | 1. mencari jalan (agar), mengikhtiarkan, mengusahakan; 2. mengambil tindakan (supaya); 3. menjadikan berupaya (mampu, boleh, dapat dsb) mencapai sesuatu, membolehkan: penerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sbg wahana bagi semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi; strukur organisasi yg ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan secara reaktif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengupayakan | 1 mencari jalan utk mengusahakan sesuatu; mengikhtiarkan. 2 menjadikan mampu atau dpt mencapai sesuatu; membolehkan: Usaha yg dijalankan itu ~ syarikat mencapai sasaran yg ditetapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengusahakan | 1 mengerjakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh; menjalankan sesuatu usaha: Ayahnya seorang saja yg ~ sawah itu. 2 mencari jalan utk mencapai sesuatu maksud; mengikhtiarkan. 3 mengurus sesuatu pertubuhan dll supaya berjalan dgn licin: Ada tiga orang pegawai yg ~ syarikat perumahan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cegah | ; mencegah mengikhtiarkan supaya tidak berlaku (tidak kena dsb); menghalang; menegah: Pasukan keselamatan telah berjaya ~ rusuhan itu. pencegahan perbuatan atau hal mencegah; penegahan. pencegah 1 orang (pasukan, badan-badan tertentu dsb) yg tugasnya mencegah sesuatu: Badan ~ Rasuah. 2 ubat (bahan, alat dll) utk mencegah: bahan ~ kuman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjaga | 1 mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2 memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3 memberi perhatian yg sungguh-sung-guh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cegah | mencegah mengikhtiarkan supaya tidak berlaku (tidak kena dsb); menghalang; menegah: Pasukan keselamatan telah berjaya ~ rusuhan itu. pencegahan perbuatan atau hal mencegah; penegahan. pencegah 1. orang (pasukan, badan-badan tertentu dsb) yg tugasnya mencegah sesuatu: Badan ~ Rasuah. 2. ubat (bahan, alat dll) utk mencegah: bahan ~ kuman. | Kamus Pelajar |
menjaga | 1. mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal:Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2. memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3. memberi perhatian yg sungguh-sungguh; mengikhtiarkan; mengusahakan:Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? | Kamus Pelajar |