Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1 pergi bersama-sama; mengiring; mengekor di belakang: Kalau boleh, saya hendak ~ ayah ke Kuantan. 2 turut berbuat sesuatu; meniru: Apabila dia bertanam sayur di belakang rumahnya, banyak pula jiran yg ~nya. 3 menerima dan menurut sesuatu perintah dll; menerima dan mempercayai sesuatu ajaran dll; mematuhi; menganut: Kita hendaklah ~ nasihat orang tua-tua. Kebanyakan orang Islam di sini ~ mazhab Syafie. 4 berjalan dll dgn menggunakan jalan tertentu; melalui jalan tertentu: Mereka turun ke bandar ~ sungai. 5 menurut; berasaskan: Peta ini dilukis ~ skala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Basikal Jepun basikal joli,
     Dibawa di simpang tiga;
Hendak mengikut tidak berani,
     Takut ditinggal tengah jeraya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai tekukur mengikut kata.

Bermaksud :

Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pro rata(Latin) mengikut kadar, mengikut bahagian tertentu: para pekerja itu akan menerima bonus secara ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
jadual1 susunan acara mengikut masa yg ditentukan: Mengikut ~nya, perbarisan itu akan dimulakan pd pukul 8.00 pagi. ~ waktu susunan perkara (pelajaran di sekolah dll) mengikut waktunya. 2 senarai nama (orang, barang dll) yg ditulis bersusun satu-satu; daftar. menjadualkan 1 menentukan waktu utk membuat sesuatu: Lawatan Perdana Menteri Thai itu dijadualkan berlangsung pd hari Khamis. 2 menjadikan sesuatu dlm bentuk jadual; membuat jadual ttg sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tari, = tarian gerakan badan, kaki serta tangan mengikut tingkah atau mengikut rentak muzik: ~ payung; ~ piring; ~ selendang. menari meng­gerakkan badan, kaki serta tangan mengikut irama muzik; melakukan tari: Kakak Salma pandai ~. menari-nari melompat-lompat kerana gem­bira dll. menarikan melakukan sesuatu sbg tari: Mereka bangun lalu sama-sama ~ Joget Pahang. tari-tarian, tari-menari bermacam-macam tari: majlis ~. penari orang yg (pandai) menari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersembahyangme­laku­kan sembahyang mengikut syarat atau mengikut cara tertentu: Selepas ~ maghrib, kami anak-beranak pun terus makan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tariangerakan badan, kaki serta tangan mengikut tingkah atau mengikut rentak muzik: ~ payung; ~ piring; ~ selendang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memformatkanmembuat atau mengurus sesuatu supaya mengikut format: Dia ~ karangannya mengikut sebagaimana yg dikehendaki.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelangganan(customizing)Proses mengubahsuai perkakasan atau perisian serba guna mengikut keperluan khusus atau mengikut kehendak pelanggan yang meminta sistem tersebut.Kamus Komputer
menyusuli1 mengejar atau mengikut seseorang yg terdahulu utk menyainginya atau utk mengekorinya: Ia hendak ~ ayahnya ke Kuantan. 2 mengikut sesuatu dr belakang; mengekori: Beberapa buah kereta telah ~ keretanya hingga ke tem­pat penginapannya. 3 mengikut jejak langkah; melakukan sesuatu spt yg telah dilakukan oleh orang yg terdahulu: Dia ~ jejak arwah ayahnya menjadi doktor. Pelancaran Sputnik disusuli oleh beberapa satelit buatan lain. 4 keluar menyambut kedatangan orang; menyong­­song; meng­­alu-alukan: Asrul telah ~ datuknya yg baru masuk ke halaman rumahnya. 5 menyambung su­rat yg dahulu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menunda1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof ~nya dr belakang;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengikut jejakmeniru perbuatan orang yg terdahulu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas