kilang | 1 bangunan atau kelompok bangunan yg dilengkapi jentera utk memproses barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ papan. 2 = kilangan alat yg dpt diputarkan utk memerah (mengisar atau menggiling) sesuatu; apitan; penggiling. ~ getah kilang tempat membuat getah keping. ~ padi kilang tempat mengisar padi. ~ tebu penggiling utk memerah air tebu. mengilang 1 memproses barang-barang di kilang. 2 menggiling (memerah, mengisar) sesuatu dgn menggunakan kilang. perkilangan 1 kumpulan kilang. 2 hal mengenai kilang: masalah ~. pengilangan perbuatan atau hal mengilang. pengilang orang yg (kerjanya) mengilang. pekilang orang yg memiliki atau yg mengurus kilang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kilang I | 1. = kilangan apitan, penggilingan (tebu); ~ getah kilang tempat membuat getah keping; 2. bangunan (kelompok bangunan) berserta dgn alat-alat jentera utk membuat (memproses dll) barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ sabun; 3. organ yg tugas utamanya membentuk sebatian kimia yg tertentu, kelenjar: ~ air liur; ~ air mata; ~ adrenal organ vertebrat yg membentuk hormon; ~ mengetin kilang tempat mengeluarkan barang-barang dlm tin; ~ padi kilang tempat mengisar padi; ~ papan kilang tempat membuat papan; kilangan patah awak itulah menghimpitnya prb mendapat kesusahan oleh sebab perbuatan sendiri; mengilang 1. menggiling atau menggolek tebu (utk memerah airnya), mengapit, menghimpit, mengupas (mengisar dll) padi dll dgn mesin; 2. membuat (mengeluarkan) barang dgn menggunakan kilang; sudah ~ membajak pula prb sentiasa menanggung kesusahan (bekerja sepanjang masa dll); perkilangan 1. kelompok kilang (atau fabrik): rombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang: sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di kilang atau kelompok kilang; pengilangan perbuatan atau perihal mengilang; pengilang orang (kumpulan dsb) yg memiliki (mengurus) kilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengilang | 1 memproses barang-barang di kilang. 2 menggiling (memerah, mengisar) sesuatu dgn menggunakan kilang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengilang | 1. menggiling atau menggolek tebu (utk memerah airnya), mengapit, menghimpit, mengupas (mengisar dll) padi dll dgn mesin; 2. membuat (mengeluarkan) barang dgn menggunakan kilang; sudah ~ membajak pula prb sentiasa menanggung kesusahan (bekerja sepanjang masa dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengilang | 1. memproses barang-barang di kilang. 2. menggiling (memerah, mengisar) sesuatu dgn menggunakan kilang. | Kamus Pelajar |
menggiling | 1. menghancurkan atau melumatkan (rempah dll) dgn batu giling dan anak batu giling; 2. memadatkan (memipihkan) tanah dll dgn giling-giling (mesin giling); 3. mengupas (mengilang) padi dgn mesin giling; 4. memerah (mengilang) tebu dll di antara dua kayu (besi) bulat yg berpusing; 5. menggelek; 6. menggulung (rokok dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kilang | 1. bangunan atau kelompok bangunan yg dilengkapi jentera utk memproses barang-barang:~ kopi; ~ motokar; ~ papan. 2 = kilangan alat yg dpt diputarkan utk memerah (mengisar atau menggiling) sesuatu; apitan; penggiling. ~ getah kilang tempat membuat getah keping. ~ padi kilang tempat mengisar padi. ~ tebu penggiling utk memerah air tebu. mengilang 1. memproses barang-barang di kilang. 2. menggiling (memerah, mengisar) sesuatu dgn menggunakan kilang. perkilangan 1. kumpulan kilang 2. hal mengenai kilang:masalah ~. pengilangan perbuatan atau hal mengilang. pengilang orang yg kerjanya mengilang atau yg bekerja di kilang. pekilang orang yg memiliki atau yg mengurus kilang. | Kamus Pelajar |
giling | ; anak batu ~ batu yg bulat panjang (kawan batu giling) utk menghancurkan lada dll; batu ~ batu utk menghancurkan rempah (lada, beras, dll); beras ~ beras drpd padi yg dikupas dgn mesin; mesin ~ mesin berat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan; giling-giling besi atau batu bulat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan (tanah); menggiling 1. menghancurkan atau melumatkan (rempah dll) dgn batu giling dan anak batu giling; 2. memadatkan (memipihkan) tanah dll dgn giling-giling (mesin giling); 3. mengupas (mengilang) padi dgn mesin giling; 4. memerah (mengilang) tebu dll di antara dua kayu (besi) bulat yg berpusing; 5. menggelek; 6. menggulung (rokok dll); menggilingkan menggiling sesuatu utk: Hasnah ~ emaknya rempah; gilingan aci atau gandar pd kincir; penggilingan 1. mesin dll yg dipakai utk menggiling padi dll; 2. perbuatan menggiling; penggiling; ~ jalan giling-giling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |