menginsafkan | menasihati seseorang supaya insaf; menjadikan insaf; menyedarkan: Peristiwa itu telah ~ orang ramai ttg perlunya hidup bermasyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menginsafkan | menasihati (mengajar dll) supaya insaf: moga-moga tulisan ini ~ sesetengah golongan utk menghormati lagu Negaraku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menginsafkan | menasihati seseorang supaya insaf; menjadikan insaf; menyedarkan:Peristiwa itu telah ~ orang ramai ttg perlunya hidup bermasyarakat. | Kamus Pelajar |
menyedarkan | menjadikan sedar, mengingatkan, menginsafkan: ~ bangsa sendiri supaya lebih maju; ~ orang drpd pengsan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencelikkan | 1. = ~ mata membuka mata; 2. ki menyedarkan, menginsafkan: sudah tiba masanya orang-orang kampung itu dicelikkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuka mata | a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
insaf | dpt memahami sesuatu perkara sehingga memperoleh kesedaran: Dr hari itu, baginda ~ akan segala perbuatannya yg jahat. ~ akan dirinya sedar akan dirinya. menginsafi mengerti serta menyedari keadaan yg sebenarnya: Dia ~ kekurangan dirinya. menginsafkan menasihati seseorang supaya insaf; menjadikan insaf; menyedarkan: Peristiwa itu telah ~ orang ramai ttg perlunya hidup bermasyarakat. keinsafan perihal insaf; rasa insaf. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
insaf | dpt memahami sesuatu perkara sehingga memperoleh kesedaran:Dr hari itu, baginda ~ akan segala perbuatannya yg jahat. ~ akan dirinya sedar akan dirinya. menginsafi mengerti serta menyedari keadaan yg sebenarnya: Dia ~ kekurangan dirinya. menginsafkan menasihati seseorang supaya insaf; menjadikan insaf; menyedarkan: Peristiwa itu telah ~ orang ramai ttg perlunya hidup bermasyarakat. keinsafan perihal insaf; rasa insaf. | Kamus Pelajar |
insaf | 1. rasa belas kasihan, rasa simpati, rasa keadilan: Tuhanlah juga akan membalas ~ kasihan tuanku itu; 2. = ~ akan dapat memahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran: dia telah ~ sekarang dan telah kembali ke jalan yg benar; menginsafi mengerti betul (akan) dan menyedari keadaan yg sebenarnya: ia berjalan balik ke biliknya ~ kelemahannya sendiri; menginsafkan menasihati (mengajar dll) supaya insaf: moga-moga tulisan ini ~ sesetengah golongan utk menghormati lagu Negaraku; keinsafan rasa insaf, kesedaran: peristiwa itu telah menimbulkan ~ di dlm jiwanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celik I | 1. (bkn mata) terbuka: semalaman itu matanya ~ sahaja, sedikitpun tidak mahu lelap; 2. = ~ mata sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan): baru ~ mata orang Melaka; 3. boleh melihat, tidak buta; 4. ki (bkn matahari) terbit atau keluar: dr ~ matahari hinggalah ke malam; 5. kenal akan yg benar (betul): akal yg ~; hati yg ~; ~ budaya dapat memahami dan menghayati hakikat budaya: peningkatan pengetahuan menimbulkan kesedaran ke arah ~ budaya di kalangan masyarakat Amerika; ~ komputer pandai atau tahu menggunakan komputer; mencelikkan 1. = ~ mata membuka mata; 2. ki menyedarkan, menginsafkan: sudah tiba masanya orang-orang kampung itu dicelikkan; tercelik sl dapat dilihat, kelihatan, tampak: sekali digosoknya, tiga empat panau ~; kecelikan perihal atau keadaaan dapat menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: rancangan ini mampu mempertingkatkan tahap ~ seni di kalangan masyarakat umum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |