iring I | ikut, turut; darah ~ Id darah yg keluar kemudian; ~ gemiring Mn berlinang-linang (air mata); seiring 1. bersama-sama berjalan (bergerak, terbang, dll): kapal terbang jet yg terbang meluru dua ~; 2. = seiringan bersama-sama, sekali, serentak: ~ dgn pemberontakan itu, ahli-ahli parlimen menuntut diadakan perubahan besar perundangan; pemikiran estetik dlm kritikan sastera Melayu boleh dikatakan bermula dlm tahun 50-an juga, iaitu ~ dgn konsep “seni utk seni”; ~ bertukar jalan, seia bertukar sebut prb perihal beberapa orang yg berbeza dlm cakap (bicara) tetapi sama dlm maksud; menohok kawan ~ prb perihal orang yg mencelakakan kawan sendiri; beriring, beriringan berjalan dll bersama-sama, berturut-turut: mereka berjalan ~; beriring-iring, beriring-iringan berjalan dll berturut-turut, berjalan berjajar-jajar: itik ~ menuju ke air; mereka berjalan beriring-iringan; mengiring, mengiringi 1. menemani utk mengawal dll, menyertai, mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dgn, menyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka; mengiringkan 1. mengiringi: dua laksa orang berkuda ~ dia; segala hulubalang dititahkan baginda ~ Bendahara; 2. menyertakan, memasukkan (bersama-sama): beberapa alasan diiringkan bersama-sama bantahannya; diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk prb perihal sesuatu yg serba menyusahkan; iringan 1. yg mengiringi (mengikuti, menyertai): lagu Melayu asli dgn ~ Orkes Rindu Malam; ~ kata = kata ~ kata aluan (pendahuluan, pengantar) pd buku dll; 2. = iring-iringan arak-arakan, perarakan; pengiringan perihal mengiringi; pengiring orang dll yg mengiring(i), pengikut, peneman: barang-barang yg tidak berkenaan diberikan baginda pd orang muda-muda ~ baginda; lagu ~ dimainkan semula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iring I | ; beriring, beriring-iringan bersama-sama (semasa berjalan dll); berturut-turut: Mereka berjalan ~. mengiring berjalan dsb bersama-sama: Dia ~ saya ke sana. mengiringi 1 berjalan dsb beramai-ramai bersama seseorang utk mengawal dll; menyertai beramai-ramai utk menghormati: Beribu-ribu orang ~ jenazah beliau ke tanah perkuburan. 2 memainkan lagu dgn alat bunyi-bunyian ketika orang bernyanyi dll: Orkestra RTM telah ~ penyanyi itu. iringan sesuatu yg mengiringi (mengikuti dsb): Juara itu menyampaikan sebuah lagu dgn ~ Orkestra RTM. pengiring orang yg mengiring atau mengiringi; pengikut: Hang Tuahlah yg menjadi ketua ~ kpd angkatan diraja itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengiring | 1. menemani utk mengawal dll, menyertai, mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dgn, menyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iring I | beriring, beriring-iringan bersama-sama (semasa berjalan dll); berturut-turut: Mereka berjalan ~. mengiring berjalan dsb bersama-sama:Dia ~ saya ke sana. mengiringi 1. berjalan dsb beramai-ramai bersama seseorang utk mengawal dll; menyertai beramai-ramai utk menghormati: Beribu-ribu orang ~ jenazah beliau ke tanah perkuburan. 2. memainkan lagu dgn alat bunyi-bunyian ketika orang bernyanyi dll: Orkestra RTM telah ~ penyanyi itu. iringan sesuatu yg mengiringi (mengikuti dsb): Juara itu menyampaikan sebuah lagu dgn ~ Orkestra RTM. pengiring orang yg mengiring atau mengiringi; pengikut: Hang Tuahlah yg menjadi ketua ~ kpd angkatan diraja itu. | Kamus Pelajar |
apit | 1. berada di antara dua benda (orang dll), tercepit, terhimpit; 2. = apitan perkakas utk menyepit (menghimpit); 3. = pengapit orang yg mengiring raja, ajutan, barang yg di kiri kanan sesuatu; ~ cina a) rotan utk menyepit jari murid yg nakal; b) barang yg dihimpit atau disepit; ~ kanan (kiri) pemain (dlm permainan sepak takraw) dlm barisan hadapan betul-betul ke kanan (ke kiri); ~ khutbah hari raya (sama ada hari raya puasa atau hari raya haji) yg jatuh pd hari Jumaat dan dgn ini khutbah dibaca dua kali pd hari tersebut; ~ lempang a) papan yg di atas lunas (pd perahu); b) pengiring raja, ajutan; ~ tempang papan yg menutup rangka perahu, badan perahu; apit-apit perangkap tikus (harimau dll); berapit 1. berada di antara dua benda (orang dll); duduk ~ duduk di antara dua orang; 2. berdekatan, berhimpit, bersanding; bintang ~ dua bintang yg berdekatan letaknya; mengapit 1. menyepit, menghimpit, menindih; ~ minyak memerah minyak; 2. menempatkan di antara dua benda (orang dll), mengiringi di kiri kanan: semasa dibawa ke penjara, dia diapit oleh dua orang polis; diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali prb perempuan yg tidak diberi nafkah oleh suaminya tetapi tidak pula diceraikan; memperapitkan merapatkan, menghimpitkan; apitan 1. perkakas utk menghimpit (mengem-pa, menyepit): ~ minyak; ~ tebu; 2. (Lin) awalan dan akhiran yg diberi serentak pd sesuatu kata (mis ke...an, pe...an, dll); pengapitan perihal mengapit; pengapit 1. perkakas utk mengapit; 2. picitan (dgn jari); 3. orang di kiri kanan pengantin; 4. pembantu, ajutan, apit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |