menghantar | 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan meninggalkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampaikan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukisannya; 7. membiayai pelajaran dsb, memasukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, meminta, memaksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iring I | ikut, turut; darah ~ Id darah yg keluar kemudian; ~ gemiring Mn berlinang-linang (air mata); seiring 1. bersama-sama berjalan (bergerak, terbang, dll): kapal terbang jet yg terbang meluru dua ~; 2. = seiringan bersama-sama, sekali, serentak: ~ dgn pemberontakan itu, ahli-ahli parlimen menuntut diadakan perubahan besar perundangan; pemikiran estetik dlm kritikan sastera Melayu boleh dikatakan bermula dlm tahun 50-an juga, iaitu ~ dgn konsep “seni utk seni”; ~ bertukar jalan, seia bertukar sebut prb perihal beberapa orang yg berbeza dlm cakap (bicara) tetapi sama dlm maksud; menohok kawan ~ prb perihal orang yg mencelakakan kawan sendiri; beriring, beriringan berjalan dll bersama-sama, berturut-turut: mereka berjalan ~; beriring-iring, beriring-iringan berjalan dll berturut-turut, berjalan berjajar-jajar: itik ~ menuju ke air; mereka berjalan beriring-iringan; mengiring, mengiringi 1. menemani utk mengawal dll, menyertai, mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dgn, menyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka; mengiringkan 1. mengiringi: dua laksa orang berkuda ~ dia; segala hulubalang dititahkan baginda ~ Bendahara; 2. menyertakan, memasukkan (bersama-sama): beberapa alasan diiringkan bersama-sama bantahannya; diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk prb perihal sesuatu yg serba menyusahkan; iringan 1. yg mengiringi (mengikuti, menyertai): lagu Melayu asli dgn ~ Orkes Rindu Malam; ~ kata = kata ~ kata aluan (pendahuluan, pengantar) pd buku dll; 2. = iring-iringan arak-arakan, perarakan; pengiringan perihal mengiringi; pengiring orang dll yg mengiring(i), pengikut, peneman: barang-barang yg tidak berkenaan diberikan baginda pd orang muda-muda ~ baginda; lagu ~ dimainkan semula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengiringkan | 1. mengiringi: dua laksa orang berkuda ~ dia; segala hulubalang dititahkan baginda ~ Bendahara; 2. menyertakan, memasukkan (bersama-sama): bebe-rapa alasan diiringkan bersama-sama bantahannya; diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk prb perihal sesuatu yg serba menyusahkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hantar I | ; ~ tangan (bkn surat dsb) tidak dihantar melalui pos tetapi dihantar melalui orang (pembawa dsb); berhantar diiringi, dikawani, ditemani; datang tak berjemput, pulang tak ~ prb perihal orang yg tidak diendahkan; menghantar 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan meninggalkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampaikan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukisannya; 7. membiayai pelajaran dsb, memasukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, meminta, memaksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; ~ cincin = ~ tanda membawa (memberi, mengirim) cincin utk tanda pertunangan; hantar-menghantar 1. saling menghantar, kirim-mengirim, beri-memberi: setiap Hari Raya kami saling ~ kuih dan hadiah; 2. ark berturut-turut tetapi tidak teratur antaranya: ia masih hidup kerana nafasnya ~; menghantari membawa utk diberikan kpd, mengirimi: maka dihantari baginda rakyat dan gajah kuda tidak terpermanai banyaknya; suaminya tidak ~nya surat; menghantarkan = menghantar; hantaran 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belanja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; penghantaran perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dll); penghantar 1. orang yg menghantar (mengirim) surat dsb; 2. orang yg membawa sesuatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar; 5. = pengantar pandangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 6. = pengantar sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah; berpenghantarkan, berpengantarkan menggunakan sesuatu (bahasa) sbg penghantar: kanak-kanak itu belajar di sekolah yg ~ bahasa ibundanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menurutkan | 1. mengikut (berjalan dll) di belakang sesuatu, mengiringkan: mereka berjalan ~ orang tua mereka; 2. tidak menegahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dll), melayani, memberi: dr satu bandar ke satu bandar yg lain dia berpindah-pindah ~ hati; 3. mendasarkan pd, menjadikan sbg dasar: kerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh perasaan hati, tidak ~ pertimbangan yg adil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengusung | 1. membawa (orang) dgn meng-gunakan tandu, menandu: Seri Udani pun diusung orang, dibawa kembali ke rumah-nya; 2. mengangkat (membawa) beramai-ramai: baginda bertemu dgn si pencuri lima orang ~ satu peti berdua, yg tiga orang itu mengiringkan dia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usung | ; berusung 1. pergi dgn ditandu, naik tandu, bertandu: apabila raja berangkat hari raya ~, penghulu bendahari memegang kepala usungan yg di kanan; 2. dipikul (diangkat) beramai-ramai; mengusung 1. membawa (orang) dgn meng-gunakan tandu, menandu: Seri Udani pun diusung orang, dibawa kembali ke rumah-nya; 2. mengangkat (membawa) beramai-ramai: baginda bertemu dgn si pencuri lima orang ~ satu peti berdua, yg tiga orang itu mengiringkan dia; usungan 1. alat utk mengusung (tandu dll): orang besar-besar dibawa dlm ~ dan dikelilingi oleh pengiring-pengiring; 2. benda yg diusung; 3. alat yg terdiri drpd dua batang kayu, kanvas dsb utk mengusung orang yg sakit, cedera dsb dlm keadaan terbaring; berusungan menggunakan usungan (ketika berjalan-jalan dll): Laksamana dianugerahi usungan, ~ ia ke sana ke mari; pengusungan perihal mengusung; pengusungan perihal mengusung; pengusung orang yg membawa usungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iring II | lambung, samping, sisi: sedang mereka berpelukan itu diambillah gambar dr sebelah ~ mereka oleh jurugambar; mengiring 1. dgn lambung (sisi) dihadapkan kpd sesuatu (orang dll): duduknya tidak berhadapan lagi dgn aku, tetapi ~; 2. di atas sisi (samping): letakkan botol itu ~; 3. berbaring di atas sisi (lambung): puas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap; mengiringkan menghadapkan sisi (lambung) kpd sesuatu, membaringkan di atas sisi (lambung): ia ~ badannya mengadap ke sebelah kanan; iringan sisi, lambung, samping: anak itu terlena di ~nya; dia tertimpuh di sebelah ~ datuknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turut | 1. pergi bersama: saya ~ ke mana dia pergi; 2. bersama-sama melakukan (ditimpa dll) sesuatu, tidak terkecuali drpd (sesuatu kejadian, perbuatan, dll), ikut serta: Ahmad yg ~ terbunuh oleh serangan hendap itu baru semalam ditemui mayatnya; ~ serta bersama-sama mengikuti (melibatkan diri dalam, melakukan, dll) sesuatu; 3. patuh kpd (undang-undang, janji, dll), taat kpd: sekiranya kamu ~ akan nasihat ini berbahagialah kamu; ~ campur mencampuri urusan atau hal orang lain; ~ serta ikut serta (melakukan sesuatu dll); pak ~ orang yg sentiasa mengikut (meniru dll) orang lain; seturut 1. sepanjang (yg dihebahkan, dicerita-kan, dll); 2. tidak bersalahan dgn, sesuai dgn (adat dll), selaras dgn; 3. langsung selepas, sebaik sahaja: Bujal menggeleng kepala ~ dgn keluhannya; berturut bersusun mengikut peraturan, berikutan dgn teratur (tidak ada antara): cari dua angka ganjil yg ~ dgn syarat selisih di antara ganda dua satu angka dgn yg lain itu 48; berturut-turut, berturutan 1. tidak ber-antara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; berturuti Mn dipercayai dan dipakai (per-cakapan dll), diikuti (nasihat dll), dipatuhi; menurut 1. berjalan dll mengikut jalan (garis, hala, dll) yg tertentu, tidak menyimpang dr jalan dll yg tertentu: ~ jalan yg benar; 2. mencontohi (perbuatan orang lain dll), meneladan, meniru: telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka Cina gemar makan kangkung sampai sekarang; 3. mengikut apa yg disuruh (diperintah dll), tidak melawan, patuh kpd: maka segala orang itu pun semuanya ~ spt kata penghulunya; 4. meluluskan (permintaan, kehendak, dll), memenuhi (syarat, ketentuan, dll), menyam-paikan (harapan dll): Balzac tidak akan dapat melahirkan karya-karyanya yg agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya utk bertugas sbg seorang ahli undang-undang; 5. mengikut (berjalan dll), mengekori (dr belakang): dia berjalan menuju ruangan yg di sebelah barat bangunan, aku ~nya dr belakang; 6. spt yg dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dll), sepanjang (berita dll): ~ yg diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah terjual; 7. sesuai dgn, tidak bertentangan dgn, tidak melanggar (syarat dll), selaras dgn: hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari yg baik; 8. tidak bersalahan drpd, serupa dgn: rupanya ~ rupa neneknya; 9. ikut serta (melakukan sesuatu dll), turut serta: Sultan Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana; 10. bergantung pd: maju mundurnya dlm pelajarannya ~ kerajinan-nya; ~ lagu mengikut irama atau rentak lagu; ~ pusingan jam mengikut arah pusingan jarum jam; turut-menurut 1. saling menurut, ikut-mengikut, tidak tentang-menentang; 2. ark menurut sahaja (fikiran orang dll), ikut-ikutan; menuruti 1. mengikut dr belakang, meng-ekori, mengikut: Ismail berganding dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta, Bibah ~ mereka dr belakang dgn wajah usang; 2. tidak menegah (melarang), meluluskan (pem-berian dll), memberi: diturutinya sahaja ke-mahuan cahaya matanya yg tunggal itu; 3. menurut akan (nasihat dll), tidak menentang, mematuhi: ia ~ kehendak suaminya; 4. men-jadikan sesuatu sbg contoh (teladan), mencontohi: jangan dituruti, kerana ia orang yg tidak tahu bahasa; menurutkan 1. mengikut (berjalan dll) di belakang sesuatu, mengiringkan: mereka berjalan ~ orang tua mereka; 2. tidak mene-gahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dll), melayani, memberi: dr satu bandar ke satu bandar yg lain dia berpindah-pindah ~ hati; 3. mendasarkan pd, menjadikan sbg dasar: kerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh perasaan hati, tidak ~ per-timbangan yg adil; memperturut sl mengejar dr belakang, menghambat: berundurlah mereka balik ke perkhemahannya diperturut oleh tentera Kembayat; memperturutkan 1. membiarkan bersama-sama (melakukan sesuatu dll), membiarkan turut, tidak mengecualikan; 2. tidak melarang-kan (menegahkan), mengikuti (kemahuan, ke-hendak, dll), mematuhi, menurutkan: sekali-kali jangan diperturutkan rasa kecewa, yg mungkin menjadikan orang putus asa; 3. = memperturut-turutkan melakukan sesuatu berkali-kali, mempertubi-tubi: perajurit itu pun segeralah berlari-lari serta menikam dada Tun Tuah, diperturut-turutkannya tikaman itu; turutan 1. = turut-turutan sesuatu yg diturut (dicontohi, diikuti, dll), contoh, teladan: maka iaitu patutlah menjadi ~ dan teladan bagi segala orang yg terkemudian; 2. yg berturut-turut (berikut-ikut); 3. yg ikut atau turut (bersama); orang ~ orang yg turut (ikut); turut-turutan 1. sesuatu yg diturut, contoh, teladan, turutan; 2. selalu menurut (kata dll) orang lain, ikut-ikutan: dia tidak mahu menjadi petani ~; perturutan 1. perihal berturut-turut (beruntun-runtun); 2. kelanjutan; seperturutan sl sama perbuatan (kelakuan dll) dgn, mengikut-ikut orang lain: jika engkau ~ dgn dia, engkau pun terbawa-bawa; penurut 1. tidak membantah (melawan dll), suka menurut, patuh, taat; 2. orang yg meng-ikut, pengikut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |