mengistimewakan | mengekhaskan, mengutamakan, meluarbiasakan: kedudukan Malaya samalah dgn negara-negara lain yg ~ pengeluaran satu atau dua jenis barang utk eksport; tidak ada seorang pun yg diistimewakan dlm undang-undang negeri ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
istimewa | (istiméwa) 1. khas (utk sesuatu tujuan tertentu), khusus: kami melihat pertunjukan itu dr satu pentas ~; gabungan sel yg ~ utk menghantar utusan ke bahagian-bahagian badan dinamakan tisu saraf; 2. lain drpd yg lain, luar biasa: rombongan muhibah itu telah diberi layanan yg paling ~; soal bahasa Kebangsaan menerima perhatian yg ~ dlm perdebatan Dewan Rakyat; 3. = ~ lagi = ~ pula apa lagi, betapa lagi, lebih-lebih lagi, terutamanya: negeri tuan hamba lagi dikalahkannya, ~ tuan hamba seorang; sedangkan orang tua-tua tidak dapat menyelesaikan perkara itu ~ pula kanak-kanak; mengistimewakan mengekhaskan, mengutamakan, meluarbiasakan: kedudukan Malaya samalah dgn negara-negara lain yg ~ pengeluaran satu atau dua jenis barang utk eksport; tidak ada seorang pun yg diistimewakan dlm undang-undang negeri ini; teristimewa 1. yg sangat khas, yg luar biasa, terkhusus: perkara yg ~ berkenaan dgn keris ini ialah kerana ia mempunyai mata dan hulu seiras; 2. = ~ lagi = ~ pula terlebih lagi, terutama: tersangatlah susah hati Mak Andeh, ~ pula makan pun tiada berlauk; keistimewaan perihal istimewa: ia mempunyai beberapa ~ jika dibandingkan dgn kawan-kawannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |