mengkaji | menyelidik dan memeriksa sesuatu dgn teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~ hal angkasa, bintang, dan planet. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengkaji | menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkaji | menyelidik dan memeriksa sesuatu dengan teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~ hal angkasa, bintang, dan planet. | Kamus Pelajar |
sepintas | ; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak mendalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ringkas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepintas lalu | a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak mendalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ringkas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ijtihad | 1 perbuatan mengkaji atau menyelidik sesuatu berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. 2 buah fikiran yg dicapai berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. berijtihad mengkaji serta memberikan tafsiran berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ijtihad | 1. perbuatan mengkaji atau menyelidik sesuatu berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. 2. buah fikiran yg dicapai berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. berijtihad mengkaji serta memberikan tafsiran berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. | Kamus Pelajar |
nahu | cabang ilmu linguistik yg berkaitan dgn sintaksis, morfologi, dsb, tatabahasa; ~ bentuk nahu yg mengkaji bentuk kata dan kata-kata terbitannya, morfologi; ~ huraian nahu yg mengkaji bahasa dlm penggunaan yg sebenarnya (pd lapisan masyarakat yg berlainan, membandingkan yg formal dgn yg tidak, yg baku dgn yg tidak, yg bertulis dgn yg digunakan dlm percakapan dll) dlm rangka ilmu bahasa; ~ sarwajagat pengkajian bahasa secara umum (tidak terhad kpd sesuatu bahasa sahaja); ilmu ~ ilmu jalan bahasa (penyusunan kata dan ayat); nahuan bkn atau berkaitan dgn nahu: rangkai kata nahu yg hanya menerbitkan makna ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperdalami | berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan terperinci dgn mempelajari (mengkaji, menyelidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadikan lebih sempurna atau terperinci (pengetahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendalami | , memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan terperinci dgn mempelajari (mengkaji, menyelidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadikan lebih sempurna atau terperinci (pengetahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |