mengokol | meringkuk atau membongkok spt orang sakit (kesejukan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengokol | membongkok, meringkuk (spt orang yg sangat kesejukan); duduk ~ duduk dgn merapatkan tangan dan lutut ke dada; batuk ~(-ngokol) batuk keras yg bertalu-talu (hingga menyebabkan badan dibongkokkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batuk mengokol(-ngokol) | batuk keras yg bertalu-talu (hingga menyebabkan badan dibongkokkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duduk mengokol | duduk dgn merapatkan tangan dan lutut ke dada; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batuk mengokol(-ngokol) | batuk keras yg bertalu-talu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kokol | ; mengokol meringkuk atau membongkok spt orang sakit (kesejukan dll). terkokol-kokol dlm keadaan menggigil kerana sakit atau kesejukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kokol I | ; mengokol membongkok, meringkuk (spt orang yg sangat kesejukan); duduk ~ duduk dgn merapatkan tangan dan lutut ke dada; batuk ~(-ngokol) batuk keras yg bertalu-talu (hingga menyebabkan badan dibongkokkan); terkokol-kokol menggigil dgn amat sangat (kerana sakit atau kesejukan): demam ~; mencangkung ~ kesejukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kokol | mengokol meringkuk atau membongkok spt orang sakit (kesejukan dll). terkokol-kokol dlm keadaan menggigil kerana sakit atau kesejukan. | Kamus Pelajar |
sengkokol | mengerekot kerana sejuk, mengokol; ® kokol I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batuk | 1. = berbatuk mengeluarkan nafas dr paru-paru dgn keras dan bising bunyinya; 2. bunyi seseorang batuk: adikku ~ sahaja semalam-malaman tadi; tidak dapat saya pejamkan mata sedikit pun kerana ~nya; 3. penyakit (keadaan) yg menyebabkan seseorang kerap batuk atau batuk berulang-ulang: ubat utk melegakan ~; ~ barah batuk yg berdahak; ~ barah angin batuk yg tidak berdahak; ~ darah batuk dgn mengeluarkan darah; ~ jerih = ~ lelah sesak nafas, senak; ~ kecil berdeham; ~ kering batuk yg tidak berkahak (kerana TB); ~ kokol = ~ mengokol(-ngokol) batuk keras yg bertalu-talu; ~ rejan batuk yg keras (pd anak-anak); melepaskan ~ di tangga prb melakukan sesuatu dgn tidak bersungguh-sungguh; berbatuk batuk; membatukkan batuk dgn sengaja (kerana sesuatu, mis utk mengeluarkan dahak dll); ~ darah batuk dan mengeluarkan darah; terbatuk-batuk batuk dgn tidak tertahan-tahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |