mengoptimumkan | menjalankan kegiatan atau melakukan sesuatu supaya dpt mendatangkan hasil yg optimum: Mereka ~ pengeluaran supaya lebih efisien. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengoptimumkan | merancang atau menjalankan kegiatan ekonomi dll dgn kecekapan maksimum: ke arah ~ potensi ekonomi umat Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengoptimuman | perihal (perbuatan atau tindakan) mengoptimumkan: ~ pengeluaran sangat penting dlm menentukan keuntungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
optimum | keadaan atau peringkat yg paling baik. mengoptimumkan menjalankan kegiatan atau melakukan sesuatu supaya dpt mendatangkan hasil yg optimum: Mereka ~ pengeluaran supaya lebih efisien. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendataran sumber(resource levelling) | Penjadualan kegiatan ketika masa apung untuk mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada bagi mengelakkan turun naik permintaan sumber secara mendadak. | Kamus Komputer |
sistem kawalan mudah suai(adaptive control system) | Sistem kawalan automatik yang menggunakan teknik penyesuaian dalam kajian kelakuan proses dan keadaan sekelilingnya untuk mengoptimumkan pengawalan sistem. | Kamus Komputer |
optimum | 1. kedudukan (jumlah, paras, dll) yg terbaik atau paling menguntungkan (bagi sesuatu keadaan, pengeluaran, perkembangan, dll); 2. paling baik atau menguntungkan (bkn pengeluaran dll): pengeluaran yg ~ dgn kos yg rendah serta efisien hanya diperoleh melalui teknologi yg berintensif modal dan tidak pd teknologi yg berintensif buruh; mengoptimumkan merancang atau menjalankan kegiatan ekonomi dll dgn kecekapan maksimum: ke arah ~ potensi ekonomi umat Islam; pengoptimuman perihal (perbuatan atau tindakan) mengoptimumkan: ~ pengeluaran sangat penting dlm menentukan keuntungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |