korek | /korék/; ~ api mancis (gores) api. ~ gigi kayu yg halus utk mencungkil apa-apa yg melekat pd gigi. mengorek 1 membuat lubang dgn menggunakan sesuatu alat; menebuk; menggali: ~ lubang dgn bor. 2 mengeluarkan sesuatu dr bahagian dalam atau dr tempatnya (dgn mencungkil): ~ tahi telinga; ~ bijih. 3 ki memeriksa dgn teliti; menyiasat (utk mencari rahsia): Polis telah dpt ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu. pengorek 1 alat yg digunakan utk mengorek. 2 orang yg menyiasat atau yg membongkar rahsia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
korek I | (korék); ~ api gores api, mancis api; ~ gigi kayu dll yg halus utk mencungkil gigi; ~ kuping (telinga) pencungkil tahi telinga; mengorek 1. membuat lubang (pd sesuatu benda atau di dlm tanah), mencungkil, menebuk, mengeruk, menggali: ~ lubang utk menanam sampah dll; 2. ki menggores; ~ hati menggores hati; 3. ki menyiasat atau mencari-cari (utk mengetahui sesuatu yg rahsia atau tersembunyi), mengata-ngata (keburukan orang dll), mengkritik: polis telah dapat ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu; 4. ki memperoleh (wang, keuntungan, dll), mendapat (untung); ~ dompet kawan prb memperdaya supaya kawan membayar perbelanjaan; korekan hasil mengorek: ~ yg terdalam atau terlebar; pengorekan perihal atau perbuatan mengorek, penggalian; pengorek 1. alat utk mengorek (mencungkil), penggerek; 2. orang yg mengorek (membongkar sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggali | 1 mengorek tanah supaya berlubang utk membuat perigi dll: Sehari suntuk dia ~ perigi di belakang rumahnya. 2 mengambil sesuatu dr dlm tanah dgn membuat lubang: ~ ubi; ~ emas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencungkil | 1 mengorek dan mengeluarkan (membuang dll) sesuatu dgn cungkil: ~ tabung. 2 memasukkan benih cacar ke dlm tubuh (utk mencegah penyakit cacar); menanam cacar. 3 ki memeriksa dgn teliti; menyelidik (rahsia dll): Ayah mencuba ~ rahsia yg tersimpan di hati Ahmad. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyuntik | 1. mengorek keluar (duri dr dlm kulit dll) dgn jarum, mencungkil, mencucuk; 2. mengukir dgn benda tajam (pd logam dll); 3. memasukkan ubat ke dlm badan dgn jarum: kemudian jururawat memanggil doktor, doktor datang ~nya; 4. = ~ cacar memasukkan benih penyakit cacar ke dlm badan (utk mencegah penyakit cacar), menanam cacar; 5. bp mengapi-apikan, mengacum, menghasut: mereka akan disuntik dgn fikiran-fikiran anti-Barat; 6. memberikan, menyediakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeduk | 1. mengorek, menggali; 2. ki menghimpunkan (mengumpulkan) wang, mengambil untung, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keduk | Jw; mengeduk 1. mengorek, menggali; 2. ki menghimpunkan (mengumpulkan) wang, mengambil untung, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengorek | 1. alat utk mengorek (mencungkil), penggerek; 2. orang yg mengorek (membongkar sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gali | ; menggali 1 mengorek tanah supaya berlubang utk membuat perigi dll: Sehari suntuk dia ~ perigi di belakang rumahnya. 2 mengambil sesuatu dr dlm tanah dgn membuat lubang: ~ ubi; ~ emas. galian sesuatu yg diperoleh dr bumi dgn digali: Negara kita kaya dgn hasil ~ spt bijih timah dan besi. gali-galian 1 berbagai-bagai hasil bumi yg diperoleh dgn dilombong. 2 berbagai-bagai jenis hasil tanaman yg diambil dgn digali (ubi dll). penggali 1 orang yg kerjanya menggali. 2 alat yg digunakan utk menggali lubang; tembilang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengorek | 1 membuat lubang dgn menggunakan sesuatu alat; menebuk; menggali: ~ lubang dgn bor. 2 mengeluarkan sesuatu dr bahagian dalam atau dr tempatnya (dgn mencungkil): ~ tahi telinga; ~ bijih. 3 ki memeriksa dgn teliti; menyiasat (utk mencari rahsia): Polis telah dpt ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |