koyak | carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup berkorban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-laung) kuat-kuat; mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan menyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merobek-robek | merobek (mengoyakkan) berulang kali, mengoyak-ngoyakkan, mencabik-cabik: kerana terlalu marah, habis sehelai kain dirobek-robeknya dgn sebilah pisau yg ada di tangannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
robek | (robék) koyak, cabik (pakaian, layar, dll), sobek: bajunya ~ di bahu; dijahit layar mana yg ~; merobek 1. mengoyakkan; ~ jantung (hati) menyayat hati, melukai hati; 2. ki memecah masuk ke dlm, membolosi, menembusi: mereka lebih pintar menggerakkan bola dan ~ gawang kami; merobek-robek merobek (mengoyakkan) berulang kali, mengoyak-ngoyakkan, mencabik-cabik: kerana terlalu marah, habis sehelai kain dirobek-robeknya dgn sebilah pisau yg ada di tangannya; merobekkan mengoyakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabik I | 1. koyak, carik (pd kain dsb); cobak-~ koyak-koyak, robek, sobek; 2. penjodoh bilangan utk sesuatu yg dikoyakkan, helai: se~ kain; cabik-cabik koyak-koyak, robek, sobek; mencabik mengoyak, mencarik, menyobek; mencabik-cabik mengoyak-ngoyak, mencarik-carik, menyobek-nyobek; mencabikkan mengoyakkan, mencarikkan, menyobekkan; mencabik-cabikkan mengoyak-ngoyakkan, mencarik-carikkan, menyobek-nyobekkan; cabikan carikan, koyakan, sobekan; pencabikan perihal atau perbuatan mencabik(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
carik | 1. koyak memanjang atau koyak sedikit: Kainnya terkena duri lalu ~. 2. penjodoh bilangan utk sesuatu yg disiat: Se~ kertas, setitik dakwat. mencarik membuat (sesuatu) supaya carik; mengoyakkan; menyiat. mencarik-carik membuat supaya carik berkali-kali; mencabik-cabik; mengoyak-ngoyakkan: Dia telah ~ surat itu dan kemudian membuangnya ke dlm parit. carikan yg dicarik; sobekan (kertas dsb). | Kamus Pelajar |