ulang kaji | kajian semula (kembali); mengulang kaji 1. mengulangi kajian, meng-kaji semula, mempelajari kembali: kamu hendaklah ~ pelajaran kamu dgn memakai buku-buku panduan yg lain; 2. ki meneliti kem-bali, memeriksai kembali: kedua-duanya telah ~ perhubungan antara kedua-dua buah negeri; ~ dasar luar negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menderas | 1. mengulang membaca Quran (utk memahirkan pembacaan); 2. mengulang kaji (pelajaran): tiap-tiap hari selepas sekolah, dia ~ segala apa yg dipelajarinya di sekolah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
deras II | ; menderas 1. mengulang membaca Quran (utk memahirkan pembacaan); 2. mengulang kaji (pelajaran): tiap-tiap hari selepas sekolah, dia ~ segala apa yg dipelajarinya di sekolah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengulang kaji | 1. mengulangi kajian, meng-kaji semula, mempelajari kembali: kamu hendaklah ~ pelajaran kamu dgn memakai buku-buku panduan yg lain; 2. ki meneliti kem-bali, memeriksai kembali: kedua-duanya telah ~ perhubungan antara kedua-dua buah negeri; ~ dasar luar negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terluang | 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dekat | 1 tidak jauh jaraknya atau antaranya; rapat; hampir: Rumah saya ~ dgn sekolah. 2 hampir (bkn waktu, masa): Mereka rajin mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan sudah ~. 3 rapat (bkn persaudaraan dsb): Ani ialah saudara ~ saya. berdekat 1 berada dekat (dgn); berdamping; berapat-rapat: Dia enggan ~ dgn saya. 2 bergaul; berdamping: Dia dilarang ~ dgn budak-budak nakal. berdekatan berhampiran dgn; tidak berjauhan: Rumah-rumah yg ~ dgn Sungai Pahang habis ditenggelami air. Anaknya didaftarkan di sekolah yg ~. mendekati 1 datang atau pergi dekat dgn; menghampiri; merapati: Saya ~ polis itu lalu bertanya. 2 hampir tiba masanya: Orang tua itu, makin hari makin ~ hari matinya. mendekatkan 1 menjadikan dekat dgn; merapatkan; mendampingkan: Dia ~ sajian kuih-kuih itu kpd tetamunya. 2 menjadikan rapat (persaudaraan, perhubungan dsb); merapatkan: Perkahwinan itu telah ~ persaudaraan mereka. memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat dll); memperapat. terdekat paling dekat: Dia mengambil buku yg ~ dgnnya lalu membacanya. pendekatan 1 perbuatan (hal dsb) mendekati atau mendekatkan. 2 cara atau langkah yg diambil utk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dekat | 1. tidak jauh jaraknya atau antaranya; rapat; hampir: Rumah saya ~ dgn sekolah. 2. hampir (bkn waktu, masa): Mereka rajin mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan sudah ~. 3. rapat (bkn persaudaraan dsb): Ani ialah saudara ~ saya. berdekat 1. berada dekat (dgn); berdamping; berapat-rapat:Dia enggan ~ dgn saya. 2. bergaul; berdamping: Dia dilarang ~ dgn budak-budak nakal. berdekatan berhampiran dgn; tidak berjauhan: Rumah-rumah yg ~ dgn Sungai Pahang habis ditenggelami air. Anaknya didaftarkan di sekolah yg ~. mendekati 1. datang atau pergi dekat dgn; menghampiri; merapati: Saya ~ polis itu lalu bertanya. 2. hampir tiba masanya: Orang tua itu, makin hari makin ~ hari matinya. mendekatkan 1. menjadikan dekat dgn; merapatkan; mendampingkan: Dia ~ sajian kuih-kuih itu kpd tetamunya. 2. menjadikan rapat (persaudaraan, perhubungan dsb); merapatkan: Perkahwinan itu telah ~ persaudaraan mereka. memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat dll); memperapat. terdekat paling dekat: Dia mengambil buku yg ~ dgnnya lalu membacanya. pendekatan 1. perbuatan (hal dsb) mendekati atau mendekatkan. 2. cara atau langkah yg diambil utk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dll. | Kamus Pelajar |
luang | 1 ruang yg kosong; kelapangan (tempat atau waktu): Orang terlalu banyak sehingga utk berdiri pun tidak ada ~ lagi. 2 kekosongan jawatan (tenaga pekerja). meluangkan mengosongkan tempat dll; melapangkan masa dll: Dia selalu ~ masa utk mengajar anaknya. terluang 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. peluang kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lengkap | 1 cukup serba-serbi; tidak ada yg kurang: Kamus yg diterbitkan oleh mereka itu tidak ~. 2 beralat senjata dgn sempurna; segala-galanya telah sedia: Pasukan tentera itu bersenjata ~. berlengkap bersiap sedia dgn barang-barang yg perlu digunakan: Sebuah kapal disuruh ~ utk belayar. melengkapi menjadikan lengkap (oleh sesuatu): Buku ini diterbitkan utk ~ buku teks di sekolah. melengkapkan menyebabkan jadi lengkap; membuat jadi lengkap; mencukupkan: Dia mengulang kaji pelajaran utk ~ dirinya menghadapi peperiksaan. memperlengkap menjadikan lebih lengkap. kelengkapan 1 keadaan atau hal lengkap. 2 sesuatu yg sudah dilengkapkan atau yg sudah disediakan (utk angkatan tentera dll). perlengkapan 1 hal berlengkap. 2 segala alat atau perkakas (spt senjata dsb) utk berlengkap. pelengkapan perbuatan (hal dsb) melengkapi atau melengkapkan. pelengkap 1 apa-apa yg ditambahkan utk melengkapkan sesuatu. 2 kata nama, kata sifat atau frasa sendi nama yg letaknya sesudah kata kerja intransitif, misalnya kata kebaya dlm frasa berbaju kebaya, kata genting dlm frasa menjadi genting dan di bandar dlm frasa tinggal di bandar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |