kumpul | ; berkumpul berada di sesuatu tempat beramai-ramai atau dgn banyaknya; berhimpun; berkelompok: Murid-murid ~ di dewan sekolah. mengumpulkan 1 memungut atau mengutip sesuatu yg berserak supaya menjadi sekelompok: Emaknya sedang ~ buku yg berselerak di lantai. 2 memanggil (orang) supaya berkumpul; menghimpunkan: ~ tentera utk menentang musuh. 3 menyimpan dan menambah bilangan supaya bertambah banyak: ~ wang; ~ harta. terkumpul sudah dikumpulkan; terhimpun; terlonggok: Setelah ~ semuanya, telur penyu itu pun dibawa orang ke pasar. kumpulan 1 kelompok (orang, binatang dll): Di tengah jalan, mereka berjumpa dgn ~ penjahat yg sedang mendirikan khemah. 2 sesuatu yg telah dikumpulkan (hingga menjadi banyak): ~ wang. berkumpulan dlm sesuatu kumpulan; berkelompok: Mereka menjalankan kerja itu secara ~. perkumpulan persatuan yg terdiri drpd anggota sesuatu kumpulan orang; pergabungan:Dia menjadi pengerusi ~ wanita di kampungnya. pengumpulan perbuatan (hal, cara) mengumpulkan; penghimpunan: Koleksi itu adalah hasil ~ beliau sejak 20 tahun yg lalu. pengumpul orang yg mengumpulkan sesuatu: ~ setem. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengaut | 1 mengumpulkan dgn tangan dll ke arah diri sendiri; meraup: Dia ~ segenggam tanah lalu menunjukkannya kpd murid-murid. 2 ki mengambil banyak-banyak: ~ keuntungan mengambil untung dgn banyaknya. pengaut alat yg digunakan utk mengaut (tanah dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggabungkan | 1 mengumpulkan sesuatu dan mengikatnya menjadi satu; menyatukan dlm satu ikatan atau berkas: Mak Cik Esah ~ kacang panjang itu secekak-secekak utk dijual. 2 menjadikan bersatu; menyatukan: Kami sedang berusaha hendak ~ semua syarikat kerjasama menjadi satu syarikat kerjasama yg besar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyatukan | 1. mengumpulkan menjadi satu (supaya lebih kuat, kukuh, teguh): bahasa ~ bangsa; 2. menyelaraskan (tujuan, tekad, dll), memusatkan: sekarang marilah kita ~ tekad kita; 3. bh mengahwinkan, menikahkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaut | 1. mengumpulkan dgn tangan (dan menarik ke arah diri sendiri), mengambil sesuatu banyak-banyak, meraup: Karim gelak-gelak sambil ~ daun terup di hadapannya; 2. ki mengambil banyak-banyak, mengikis: negara asing sedang ~ kekayaan nasional kita utk kemewahan mereka; ~ keuntungan mengambil untung dgn banyaknya; ~ laba dgn siku prb sentiasa hendak beroleh untung banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaut | ; mengaut 1 mengumpulkan dgn tangan dll ke arah diri sendiri; meraup: Dia ~ segenggam tanah lalu menunjukkannya kpd murid-murid. 2 ki mengambil banyak-banyak: ~ keuntungan mengambil untung dgn banyaknya. pengaut alat yg digunakan utk mengaut (tanah dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kaut | ; mengaut 1. mengumpulkan dgn tangan (dan menarik ke arah diri sendiri), mengambil sesuatu banyak-banyak, meraup: Karim gelak-gelak sambil ~ daun terup di hadapannya; 2. ki mengambil banyak-banyak, mengikis: negara asing sedang ~ kekayaan nasional kita utk kemewahan mereka; ~ keuntungan mengambil untung dgn banyaknya; ~ laba dgn siku prb sentiasa hendak beroleh untung banyak; pengautan perihal atau perbuatan mengaut; pengaut alat utk mengaut (tanah dll); ®kaup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kumpul | ; sekumpul selonggok; berkumpul 1. berdekatan rapat-rapat menjadi satu atau sekelompok, berlonggok: sampah-sarap yg hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan; beberapa orang yg ~ itu sedang asyik berjudi; 2. berhimpun (beramai-ramai), berkampung: ramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yg berikutan; 3. = berkumpul-kumpul berkerumun, berpusu-pusu: di sampingnya ~ segelintir manusia spt sekumpulan semut mengerumuni gula; mengumpulkan 1. menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengampungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak; terkumpul terhimpun (menjadi banyak atau sekelompok): hasil drpd pungutan derma itu banyak wang sudah ~; air hujan yg ~ di atas muka bumi meresap masuk ke dlm tanah; kumpulan 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecenderungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mempunyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhimpun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya berkaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melancarkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); perkumpulan gabungan, kesatuan atau persatuan: dia menjadi pengerusi dlm persidangan ~ buruh kasar; pengumpulan perihal atau perbuatan mengumpulkan, penghimpunan: ~ barang-barang lama diusahakan oleh Muzium Negara; pengumpul tempat mengumpulkan sesuatu, orang yg mengumpulkan sesuatu: pusat ~ jati; ~ setem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
himpun | (Komp) 1. proses mengumpulkan data, subrutin, dll yg diperlukan oleh atur cara utk pemprosesan; 2. proses menterjemah kod bahasa berlambang kpd kod mesin yg setara; berhimpun berkumpul: dgn seketika itu juga segala anak cucunya pun ~lah; menghimpunkan mengumpulkan (orang, benda, maklumat, dll): maka baginda menyuruh ~ segala orang besar-besar di dlm negeri Samudera; JPM berusaha menyampaikan ilmu yg telah dihimpunkan oleh sarjana bidang tersebut secara sistematik; terhimpun telah dikumpulkan, terkumpul; himpunan kumpulan: sebuah ~ puisi; analisis yg menghuraikan sekumpulan ayat melalui satu ~ data; perhimpunan 1. perihal berhimpun beramai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu: sekalian penghulu dan ahli bijak pandai mengadakan satu ~ besar di Padang Asam; 2. tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dll): maka oleh segala orang Arab dinamainya malakat, ertinya ~ segala dagangan, kerana banyak jenis dagangan ada di sana; penghimpunan perihal atau perbuatan menghimpunkan, pengumpulan; penghimpun; ~ elektrik Id bateri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengumpulkan | 1 memungut atau mengutip sesuatu yg berserak supaya menjadi sekelompok: Emaknya sedang ~ buku yg berselerak di lantai. 2 memanggil (orang) supaya berkumpul; menghimpunkan: ~ tentera utk menentang musuh. 3 menyimpan dan menambah bilangan supaya bertambah banyak: ~ wang; ~ harta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |