Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.cup.kan] | مڠونچوڤکن

Definisi : menjadikan kuncup (ter­tutup), merapatkan sesuatu yg kembang, mengecilkan: ~ payung; ~ tangan menyatu­kan (merapatkan) kedua-dua tapak tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.cup.kan] | مڠونچوڤکن

Definisi : menjadikan kuncup: ~ payung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menguncupkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menguncupkanmenjadikan kuncup: ~ payung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menguncupkan tanganmenyatu­kan (merapatkan) kedua-dua tapak tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menguncupkanmenjadikan kuncup (ter­tutup), merapatkan sesuatu yg kembang, mengecilkan: ~ payung; ~ tangan menyatu­kan (merapatkan) kedua-dua tapak tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kuncuptidak terbuka lebar; tidak kembang (bkn payung, bunga dll). menguncup menjadi kuncup; mengecut: Saluran darah haiwan akan ~ ketika kesejukan. menguncupkan menjadikan kuncup: ~ payung. penguncupan perihal menguncup atau menguncupkan: ~ berlaku ketika sejuk dan pengembangan berlaku ketika panas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengucupkanmenguncupkan; ®kuncup I.Kamus Dewan Edisi Keempat
penguncupanperihal menguncup atau menguncupkan: ~ berlaku ketika sejuk dan pengembangan berlaku ketika panas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kucup IIMn; mengucupkan menguncupkan; ®kuncup I.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuncup I1. tidak terbuka lebar (bkn payung dll), tidak mekar atau kembang (bkn bunga); ~ hatinya ki ketakutan; 2. kuntum bunga, daun muda yg belum terbuka: ~ bunga mawar; 3. ark bp berkulup, belum berkhatan; menguncup 1. menjadi kuncup (tertutup), mengerut, menjadi tidak kembang atau terbuka: daun semalu ~ apabila disentuh; 2. menjadi kecil (pendek, kurang, dsb) sedikit: cecair mengembang dan ~ menurut perubahan suhu; ~ hatinya berasa takut; 3. menyerupai kuncup (kuntum bunga); menguncupkan menjadikan kuncup (ter­tutup), merapatkan sesuatu yg kembang, mengecilkan: ~ payung; ~ tangan menyatu­kan (merapatkan) kedua-dua tapak tangan; penguncupan perihal menguncup (menjadi kecil): pengembangan dan ~ yg disebabkan oleh perubahan suhu ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas