kuning | warna spt warna isi kunyit (tembaga dll). ~ air kuning yg keputih-putihan. ~ gading kuning keputih-putihan spt warna gading. ~ langsat putih kuning (terutamanya bkn kulit manusia). ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya. menguning 1 berwarna kuning; menjadi kuning. 2 sedang masak (bkn padi): Padinya sedang ~. kuningan tembaga kuning; loyang. kekuningan keadaan kuning. kekuning-kuningan agak kuning warnanya; seakan-akan kuning: tanah liat yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuning I | warna spt warna kunyit (tembaga dll); demam (sakit) ~ penyakit berjangkit yg menyebabkan tubuh berwarna kuning; nasi ~ nasi kunyit (kuning warnanya); sirih ~ a) daun sirih yg kuning warnanya; b) ki gadis yg elok; ~ air kuning yg keputih-putihan; ~ gading = putih ~ kuning keputih-putihan spt warna gading; ~ langsat putih kuning (tidak putih sangat, bkn kulit dll); ~ pinang masak kuning kemerah-merahan; ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya; ~ tua kuning gelap (lwn kuning muda); ~ oleh kunyit, hitam oleh arang prb mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian; menguning 1. menjadi kuning, berwarna kuning; 2. mulai masak (padi): padinya sedang ~ menantikan masa utk dituai; kuningan tembaga kuning; kekuningan 1. keadaan kuning; 2. sl barangbarang berwarna kuning (spt payung dll) tanda kebesaran raja atau orang bangsawan: maka Laksamana mengarak ~, ertinya lampin dan tilam, beras, dan baju bajang, dan pawai burung-burung dibubuh di hujung galah; kekuning-kuningan berwarna agak kuning: tanah liat yg berwarna ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguning | 1 berwarna kuning; menjadi kuning. 2 sedang masak (bkn padi): Padinya sedang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menguning | 1. menjadi kuning, berwarna kuning; 2. mulai masak (padi): padinya sedang ~ menantikan masa utk dituai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |