Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
unjuk2
Kata Terbitan : mengunjuk, mengunjukkan, mengunjuk, mengunjukkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
unjuk I; ~ beritahu bp memberitahu atau memaklumkan; ~ yg tidak diberikan prb berjanji akan mem-berikan sesuatu tetapi hanya tinggal janji sahaja; mengunjuk 1. mengangkat serta menghulur-kan tangan (ke atas atau ke hadapan), meng-unjurkan tangan; 2. memberi kpd (seseorang) dgn tangan: “Ini surat drpd abang,” Samad ~; mengunjukkan 1. mengangkatkan tangan ke atas (ke hadapan), menghulurkan atau mengunjurkan tangan (kpd): sampai di Brunei, Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semua-nya ~ tangan bersalam dan bertegur sapa; 2. memberikan sesuatu dgn tangan yg terhulur (terunjur), menyerahkan (kpd): dia ~ sehelai kain batik kepadaku; ~ tangan; pengunjukan perihal mengunjukkan, pemberian; pengunjukan perihal mengunjukkan, pemberian; sepengunjuk = ~ tangan setinggi orang berdiri dgn menghulurkan tangan ke atas.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengunjuk1. mengangkat serta menghulur-kan tangan (ke atas atau ke hadapan), meng-unjurkan tangan; 2. memberi kpd (seseorang) dgn tangan: “Ini surat drpd abang,” Samad ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyua1. mempersemukakan (ayam yg akan dilagakan); 2. memberi sesuatu kpd, mengunjuk: dia ~ bakul yg berisi udang kpd Bedah; 3. menghulur (tangan); 4. menemui, menjumpai: apa yg disua itu ialah sesuatu yg luar biasa baginya;Kamus Dewan Edisi Keempat
unjuk; mengunjuk mengangkat serta menghulurkan tangan ke atas, ke hadapan dsb. mengunjukkan 1 menghulurkan (tangan) ke atas, ke hadapan ataupun kpd; menganjurkan: Masing-masing ~ tangan utk bersalam dgn pembesar itu. 2 memberikan sesuatu dgn tangan terhulur: Ia ~ buku itu kpd adiknya. pengunjukan perbuatan atau hal mengunjukkan; pemberian dgn tangan terhulur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sua I; pagar ~ pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu; bersua 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daunnya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan; menyua 1. mempersemukakan (ayam yg akan dilagakan); 2. memberi sesuatu kpd, mengunjuk: dia ~ bakul yg berisi udang kpd Bedah; 3. menghulur (tangan); 4. menemui, menjumpai: apa yg disua itu ialah sesuatu yg luar biasa baginya; menyuakan 1. menyogokkan, memberi­kan, menyodorkan: Karim ~ sepiring kuih; 2. menghulurkan (tangan dll); mempersuakan menjadikan bersua (ber­temu, berjumpa), mempertemukan, me­nyemukakan: apalagi sekarang bulan tabut, tiap-tiap orang bebas keluar, jadi di tabut kita persuakan; tersua bertemu dgn, terjumpa; persuaan pertemuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tawar IIbp = menawar; bidan ~ bidan yg diundang (ditempah) terlebih dahulu, lwn bidan terjun; adat dagang, tahan ~ barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya; bertawar-tawaran tawar-menawar; menawar 1. menyebut harga (sewa dll) yg berani dibayar, minta membeli (menyewa sesuatu): sehelai kain panjang perkalungan, sudah ditawarnya lapan rupiah; 2. meminta dikurangkan harga dll yg ditetapkan oleh penjual: Pak Dolah tidak ~ lagi, dia menge­luarkan duit dr dlm dompetnya dan mem­bayar; 3. menyebutkan berapa “kurangnya” drpd harga yg diletakkan oleh penjual dll: boleh ~ sedikit; tawar-menawar saling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dll): dgn tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi drpd seluruh kekuatan negara masing-masing; menawari ark mengunjuk seseorang supaya dibeli (disewa, dipakai, dll): seorang pemuda yg sedang duduk telah bangun dan ~ gadis itu tempat duduknya; menawarkan mengunjukkan (menge­mukakan dsb) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): se-orang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan;tawaran 1. harga yg dikemukakan oleh pem-beli (penyewa dll): ~ dipelawa bagi men­yewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari;penawaran perihal menawar(kan): kedua-dua ~ dan penerimaan ini mestilah diucapkan dlm satu perjumpaan; sebarang bencana alam atau kegagalan tanaman akan menye-babkan ~ beras dunia semakin ber­kurangan; penawar orang yg menawar, pemohon, pelamar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas