unjur II | ; mengunjur menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama; menganjur: Dr tepi, kelihatan binaan tambahan itu ~ dr rumah induk. mengunjurkan 1 membuat ramalan atau agakan ttg keadaan, keputusan, hasil dll yg akan datang berdasarkan fakta atau data yg sedia ada: Mereka ~ keuntungan sebanyak RM2/- juta bagi tahun depan. 2 melukis garis dsb yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. unjuran 1 anggaran atau jangkaan ttg sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dsb) pd masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat ~ keuntungan yg lebih berbanding dgn keuntungan pd tahun lalu. 2 lakaran bentuk sesuatu objek dll spt yg dpt dilihat dr arah tertentu. 3 sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unjur | ; mengunjur 1. duduk (berbaring) dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; 2. menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama, menganjur: binaan tingkap di setiap bilik tidur dan ruang makan dibentuk secara ~; dilihat dr arah hadapan, rumah itu menonjolkan binaan pergola cengal yg ~ dr bumbung; mengunjurkan 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005; terunjur terhulur kaki (sewaktu duduk), terlunjur kaki: duduk dgn kaki ~; unjuran 1. bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, bahagian tempat kaki meng-unjur (pd petiduran), tumpuan kaki: anaknya yg tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya; 2. anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dsb masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dsb yg berlaku sekarang, projeksi: ~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun; pakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran; 3. sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan: di kepalanya terdapat ~ yg kelihatan spt dua mata kapak; dibiarkan ~ kayu atau buluh yg sama panjang di kedua-dua hujung rumah; pengunjuran 1. perihal mengeluarkan atau memancarkan gambar dsb pd sesuatu per-mukaan: projektor menayangkan imej ke skrin secara ~; 2. peramalan (ramalan) tentang sesuatu perkembangan atau kemungkinan berdasarkan maklumat atau kajian tertentu: pengurusan terutamanya melibatkan peran-cangan, menetapkan objektif, membuat ramalan dan ~, menganalisis masalah, dan membuat keputusan; ® lunjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengunjurkan | 1 membuat ramalan atau agakan ttg keadaan, keputusan, hasil dll yg akan datang berdasarkan fakta atau data yg sedia ada: Mereka ~ keuntungan sebanyak RM2/- juta bagi tahun depan. 2 melukis garis dsb yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengunjurkan | 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengunjukkan | 1. mengangkatkan tangan ke atas (ke hadapan), menghulurkan atau mengunjurkan tangan (kpd): sampai di Brunei, Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semuanya ~ tangan bersalam dan bertegur sapa; 2. memberikan sesuatu dgn tangan yg terhulur (terunjur), menyerahkan (kpd): dia ~ sehelai kain batik kepadaku; ~ tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merentangkan | 1 menarik atau mengikat kedua-dua hujung sesuatu spt tali, pd dua tiang yg berjarak supaya tegang; meregangkan: ~ dawai; ~ tali. 2 menghulurkan tangan atau kaki ke hadapan: Ia mula bergerak, ~ tangan dan mengunjurkan kaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lunjur | menghulurkan kaki (sewaktu duduk dll), mengunjurkan kaki: tempat duduk banyak yg kosong, jadi kami pun tidur berlunjur; berapa panjang ~, begitulah selimut prb membuat sesuatu biarlah menurut kesanggupan diri sendiri; melunjurkan 1. menghulurkan, mengunjurkan (kaki): ia duduk di beranda dgn ~ kaki bermalas-malas; 2. ki meluaskan: ia akan ~ makna dalamannya; terlunjur terentang, terhulur (kaki), terbaring mengunjur: di atas kaki yg ~ itu, anaknya meletakkan kepalanya; unjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merentangkan | 1 menarik atau mengikat kedua-dua hujung sesuatu spt tali dll pd dua tiang yg berjarak supaya tegang; meregangkan: ~ dawai; ~ tali. 2 menghulurkan tangan atau kaki ke hadapan: Ia mula bergerak, ~ tangan dan mengunjurkan kaki. | Kamus Pelajar |
rentang | ; merentang terletak melintang di jalan, sungai dll; menggalang: Batang kelapa yg ~ di parit itu dijadikan titi. merentangi 1 merentang pd; merentang di: Mereka telah membina jambatan gantung yg ~ sebatang anak sungai. 2 menyekat; menghalang; merintangi: Dia dpt mengatasi segala kesukaran yg ~ usahanya. merentangkan 1 menarik atau mengikat kedua-dua hujung sesuatu spt tali, pd dua tiang yg berjarak supaya tegang; meregangkan: ~ dawai; ~ tali. 2 menghulurkan tangan atau kaki ke hadapan: Ia mula bergerak, ~ tangan dan mengunjurkan kaki. terentang 1 sudah direntangkan: Dawai telefon ~ dr rumah ke rumah. 2 tergalang; terhalang. perentang sesuatu atau seseorang yg merentang atau menghalang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unjuk I | ; ~ beritahu bp memberitahu atau memaklumkan; ~ yg tidak diberikan prb berjanji akan mem-berikan sesuatu tetapi hanya tinggal janji sahaja; mengunjuk 1. mengangkat serta menghulur-kan tangan (ke atas atau ke hadapan), meng-unjurkan tangan; 2. memberi kpd (seseorang) dgn tangan: “Ini surat drpd abang,” Samad ~; mengunjukkan 1. mengangkatkan tangan ke atas (ke hadapan), menghulurkan atau mengunjurkan tangan (kpd): sampai di Brunei, Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semua-nya ~ tangan bersalam dan bertegur sapa; 2. memberikan sesuatu dgn tangan yg terhulur (terunjur), menyerahkan (kpd): dia ~ sehelai kain batik kepadaku; ~ tangan; pengunjukan perihal mengunjukkan, pemberian; pengunjukan perihal mengunjukkan, pemberian; sepengunjuk = ~ tangan setinggi orang berdiri dgn menghulurkan tangan ke atas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |