mengunyahkan | mengunyah utk orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengunyahkan | mengunyah utk (orang lain); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunyah | ; mengunyah menghancurkan makanan dlm mulut dgn gigi (sebelum menelannya); memamah: Makanan hendaklah dikunyah lumat-lumat sebelum ditelan. mengunyahkan mengunyah utk orang lain. terkunyah 1 sudah dikunyah; dpt dikunyah. 2 mengunyah dgn tidak sengaja: Saya ~ tulang. pengunyah (jenis haiwan) yg mengunyah: Lembu dan kambing termasuk dlm kumpulan haiwan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bergigi | mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunyah | ; mengunyah 1. melumatkan (menghancurkan) makanan dlm mulut dgn gigi sebelum menelannya, memamah: tanganku menyuap nasi lagi, mulutku ~ perlahan-lahan; 2. ki memikirkan baik-baik, meneliti (ajaran, kata-kata, dll): segala ajarannya hendaklah dikunyah dan diambil mana yg baik; 3. ki memakan, menelan: usia tua telah ~ hidupnya sejak suaminya meninggal dunia; 4. = mengunyah-ngunyah ki menyebut (memperkatakan) berulang-ulang, selalu membangkit-bangkitkan: janganlah dikunyah-kunyah lagi perkara itu; mengunyahkan mengunyah utk (orang lain); terkunyah 1. (telah) dikunyah: Milah membiarkan nasi yg masih ada dlm mulutnya ~; 2. mengunyah dgn tidak sengaja; ~ di batu ki buruk nasib, malang, sial; ~ di nasi ki bernasib baik, beruntung, mujur; kunyahan sesuatu yg sudah dikunyah; pengunyahan perbuatan (proses dsb) mengunyah: gigi berfungsi memotong dan menyiat makanan menjadi potongan-potongan kecil utk memudahkan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gigi I | 1. struktur keras yg menyerupai tulang, yg tumbuh pd gusi (gunanya utk menggigit, mengunyah, dll); 2. ki benda yg bentuknya spt gigi: ~ sikat (gergaji dll); ~ kikir; 3. ki tepi, pinggir; ~ anjing (asu) siung, taring; ~ asmaradanta gigi yg putih spt gading; ~ air tepi air laut dll; ~ batu = ~ buatan gigi palsu; ~ belalang = ~ susu gigi kanak-kanak yg akan berganti; ~ berdukung = ~ tersengkil gigi berlapis; ~ bongsu = ~ muda gigi geraham yg akhir sekali tumbuhnya; ~ geligi Id selengkap gigi; ~ gongak = ~ rongak tidak ada gigi (kerana tanggal atau tidak tumbuh); ~ hutan tepi hutan; ~ jawa balak panjang tempat tumpuan kasau (rumah Melayu); ~ kacip salah satu drpd lapan gigi tajam di bahagian depan mulut (di bahagian atas dan di bahagian bawah) yg berfungsi utk memotong (mengacip) makanan dsb; ~ kapak gigi hadapan yg besar sekali; ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi; ~ manis = ~ seri gigi kacip; ~ palsu gigi tiruan yg menggantikan gigi sebenar (asli); ~ parang-parang gigi yg berbentuk kecil-kecil dan runcing; ~ penolak perkakas mesin jahit yg menyorong kain jahitan; ~ rambut tepi rambut di kepala; ~ sambut (disebut kalau) gigi pd rahang bawah di luar gigi rahang atas; ~ sayap kumbang gigi yg berbaja hitam (seakan-akan hijau berkilat); ~ sulung gigi yg mula-mula tumbuh; lunak ~ drpd lidah ki sangat lemah lembut; ~ dgn lidah ada kala tergigit juga prb suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah); ~ tanggal rawan murah (awak tua gadis bermusim) prb keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi; tinggal ~ dgn lidah sahaja prb habis segala harta; bergigi mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu; kegigian kedudukan dan susunan semula jadi gigi di dlm rongga mulut: pemilihan berus gigi bergantung pd keadaan ~ seseorang; pergigian perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; penggigian proses (atau masa) pertumbuhan gigi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |