Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengurai 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
urai1. tidak pukal atau padat, berbutir-butir; emas ~ emas yg berbutir-butir halus; 2. lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dsb), bercerai-cerai; ilmu ~ Id kaji bina tubuh, anatomi; berurai 1. (menjadi, dlm keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul, berjalinan, dsb), bercerai-cerai; 2. = beruraian berderai-derai, bercucuran: ~ air matanya; keringatnya beruraian; mengurai 1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dsb), berurai, meng-hurai; 2. (menjadi) mekar terbuka: rambut yg ~; mayang ~; 3. = menguraikan; menguraikan 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen; terurai 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); penguraian perihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd unsur-unsur dsb sesuatu; ® hurai.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengurai1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dsb), berurai, menghurai; 2. (menjadi) mekar terbuka: rambut yg ~; mayang ~; 3. = menguraikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
memekar1 mula berkembang (bkn bunga); mengurai (bkn mayang). 2 berkembang dan menjadi banyak (bkn adunan); naik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memekar1. mulai berkembang (bunga dll), mengurai (mayang dll): bunga yg sedang ~; 2. berkembang dan menjadi banyak (adunan dll), naik, kekar; 3. ki terbit atau timbul dan berkembang (perasaan kasih sayang dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
mekar= memekar 1 mula berkembang (bkn bunga); mengurai (bkn mayang). 2 berkembang dan menjadi banyak (bkn adunan); naik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mekar= memekar 1. mulai berkembang (bunga dll), mengurai (mayang dll): bunga yg sedang ~; 2. berkembang dan menjadi banyak (adunan dll), naik, kekar; 3. ki terbit atau timbul dan berkembang (perasaan kasih sayang dsb); bermekaran ki berkembangan: setangkai cinta masih ~ dititis embun keyakinan; memekarkan menjadikan mekar, mengem­bangkan; kemekaran perihal atau keadaan mekar: kami kagum melihat ~ bunga-bunga di pekarang-an rumahnya itu; pemekaran proses memekarkan sesuatu, pengembangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
urai; emas ~ emas yg berbutir-butir. berurai 1 tidak bersimpul lagi; lepas terbuka; bercerai-cerai. 2 berderai-derai: ~ air mata bercucuran air mata; menangis (kerana sedih dsb). mengurai dlm keadaan berurai; mekar terbuka (bkn mayang): Rambutnya bagai mayang ~. menguraikan 1 membuka ikatan (simpul dsb): ~ simpul mati; ~ rambut. 2 mencerai-ceraikan atau mengasingkan bahagian-bahagiannya; menganalisis: Air dpt diuraikan kpd hidrogen dan oksigen. 3 membatalkan: ~ janji. uraian hasil drpd menguraikan sesuatu. penguraian perbuatan (hal dsb) menguraikan sesuatu: ~ elektrik proses memisah-misahkan sesuatu bahan kimia dgn menggunakan tenaga elektrik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hurai; menghurai menjadi lepas terbuka (berjurai dsb), menjadi (berada dlm keadaan) tidak terikat (tersimpul, berjalinan, bertaut, dsb), mengurai: rambutnya yg berkilat dan panjang itu ~ ke hadapan; menghuraikan 1. membuka simpul atau ikat­an (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memi­sah­kan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. mem­bentangkan dan menerangkan (keduduk­an, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesai­an: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; terhurai 1. (berada dlm keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dsb), sudah lepas terbuka (berjurai dsb), sudah dihuraikan, terurai: seorang perempuan muda, rambut­nya ~, tunduk ke tanah; ikatan itu ~; 2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dgn teratur (bkn sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dll); huraian 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll): disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; 2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melaku­kan kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pd masa kejadian; penghuraian perihal (usaha dsb) menghurai­kan: soal ini agak rumit dan hanya dapat dibuat suatu ~ secara ringkas dan umum; ® urai.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas