mengabar | 1. mengurangkan, meredakan: ubat yg dapat ~ keadaan payah orang sakit; 2. menghalang, menyekat: pertempuran-pertempuran ~ jalannya mesyuarat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abar | abar-abar 1. dinding; 2. penghalang, penyekat: ~ kemajuan masyarakat; berabarkan mempunyai (sesuatu) sbg dinding atau penyekat, berdindingkan: rumah yg ~ buluh;` mengabar 1. mengurangkan, meredakan: ubat yg dapat ~ keadaan payah orang sakit; 2. menghalang, menyekat: pertempuran-pertempuran ~ jalannya mesyuarat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengurangkan | 1. menjadikan kurang, menyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, menolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susut(decrement) | 1. Tindakan mengurangkan nilai sesuatu kuantiti mengikut jumlah yang ditetapkan. 2. Nama suruhan yang perlu digunakan bagi mengarahkan komputer untuk menyusutkan sesuatu nilai. | Kamus Komputer |
pelaporan pengecualian(exception reporting) | 1. Teknik mengurangkan jumlah maklumat yang perlu diletakkan dalam laporan dengan memilih maklumat yang terkecuali sahaja. 2. Proses melaporkan keadaan apabila keadaan terkecuali wujud. | Kamus Komputer |
skrin tak silau(non-glare screen) | 1. Skrin yang diletakkan di hadapan kaca pengawas video untuk mengurangkan silau cahaya daripada mengganggu mata pengguna sistem. 2. Skrin pengawas video yang mempunyai kemampuan mengurangkan silau. | Kamus Komputer |
kurang | 1. tidak atau belum sampai kpd angka (ukuran, takat, dll) yg tertentu, tidak atau belum cukup (genap, lengkap, sampai, tepat, dll): tidak dapat dibayarnya harga tersebut kerana wangnya ~; sudah pun disusun rancangan mengirim pekerja-pekerja ke tempat-tempat yg ~ tenaga buruhnya; 2. utk menyatakan bilangan atau banyaknya yg belum cukup utk mencapai jumlah genap yg tertentu, tersedikit sebanyak (satu, dua, dll) utk menjadi atau mencapai (sesuatu jumlah dsb): ~ dua seratus dua lagi cukup atau genap seratus; ~ dua tahil empat kati dua tahil lagi menjadi empat kati; 3. lebih rendah atau sedikit drpd sesuatu apabila diperbandingkan: banyaknya hasil padi tahun ini ~ drpd hasil tahun lepas; nilai barang-barang yg diimport ~ drpd yg dieksport; bertambah ~ menjadi makin kurang (drpd keadaan sebelumnya); 4. tidak berapa (baik, maju, sihat, dll), tidak begitu; ~ maju tidak berapa maju; ~ manis a) tidak berapa manis (kerana tidak cukup gulanya, agak tawar; b) tidak berapa manis atau tertib (bkn tingkah laku dsb), kurang sopan; ~ mengerti; ~ pasti; ~ percaya; 5. tidak sempurna (terdapat kelemahan dsb), cacat, cela: cerpen itu tidak dapat disiarkan kerana banyak ~nya; 6. Id ditolak, diambil: lima ~ satu tinggal empat; ~ adat tidak sopan; ~ ajar tidak sopan, buruk (kasar) budi pekertinya; ~ akal a) bodoh; b) agak gila; ~ asam bp kurang ajar; ~ bahasa tidak bersopan santun, tidak halus budi bahasanya; ~ beres a) tidak berapa beres; b) agak gila sedikit; ~ darah penyakit atau keadaan tubuh yg lemah disebabkan tidak cukup darah dlm tubuh; ~ fikir tidak difikirkan (dikaji) betul-betul; ~ hati tidak berminat; ~ ingat a) tidak berapa ingat; b) kurang hati-hati, kurang berjaga-jaga; ~ jadi tidak berapa banyak atau memuaskan buahnya atau hasilnya (bkn pokok buah-buahan, padi, dll); ~ jantan pengecut, penakut; ~ lebih = lebih ~ kira-kira, di sekitar (sesuatu angka dll); ~ makan (minum, tidur, dsb) tidak cukup makan (minum, tidur, dsb); ~ periksa tidak tahu (sesuatu perkara, keadaan, dsb); ~ sara Kl agak gila sedikit; ~ tenaga a) tidak mempunyai tenaga atau kekuatan; b) tidak cukup pekerja; ~ terima (penerimaan) tidak berapa menyambut baik (tidak berterima kasih), tidak senang; ~ umur belum cukup umur, belum mencapai umur yg ditentukan (utk sesuatu); ~ kerat, rengkuh yg lebih prb usaha tiada seberapa, hanya cakap yg lebih; ~ tambah-menambah, senteng bilai-membilai prb sesuatu pekerjaan hendaklah dikerjakan bersama-sama (dgn bergotong-royong) supaya sempurna; kurang-kurang 1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang; sekurang-kurangnya 1. paling kurang, yg tersedikit, serendah-rendahnya: perbelanjaan yg diperlukan utk melaksanakan rancangan itu ~ satu juta ringgit; kebanyakan penduduk di sini memiliki bendang ~ tiga ekar tiap-tiap satu keluarga; 2. setidak-tidaknya: bagaimana kejam sekali pun mereka, ~ tentu mempunyai belas kasihan terhadap seorang bayi; berkurang menjadi kurang, bertambah (makin) sedikit atau susut drpd sebelumnya, bertambah sembuh (penyakit): pd ketika itu tamu sudah mulai ~ kerana hari sudah jauh malam; penyakitnya ~ sesudah ia berehat; mengurang menjadi kurang (susut); mengurangi menjadikan berkurang (kerapnya, derasnya, hebatnya, dll), menyusuti: sebuah motokar di sisiku tiba-tiba ~ kecepatan, hampir ia berhenti; mengurangkan 1. menjadikan kurang, menyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, menolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai; terkurang kurang banyak (kuat, lama, dll) drpd, tersedikit drpd: daya tarikan bumi di Madras, India, adalah ~ sedikit drpd tarikan bumi di Honolulu, Hawai; sel-sel darah putih itu jauh ~ jumlah bilangannya drpd sel-sel darah merah; kekurangan 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; kekurang...an perihal (keadaan) kurang ...: kekurangajaran, kekurangsenangan, berkekurangan mempunyai kekurangan: hidupnya tidak ~ dan dapat dikatakan senang juga; perkurangan perihal berkurang; pengurangan perihal atau perbuatan mengurangi (mengurangkan), penyusutan: ~ tentera tidak mungkin dapat dilakukan selagi keadaan belum aman; pengurang Id bilangan (angka) utk mengurangi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kanopi | 1. sj langit-langit yg menjadi spt bumbung pd sesuatu; 2. bahagian dahan dan daun pokok-pokok yg paling tinggi yg seolah-olah berjalin dan berbentuk spt bumbung: ~ hutan mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah dan mengurangkan potensi hakisan; 3. khemah yg biasanya dibuat drpd kanvas, kain, plastik dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kanopi | 1 khemah yg biasanya dibuat drpd kanvas, kain, plastik dsb, yg biasanya didirikan semasa kenduri kahwin dsb utk tempat para tetamu menikmati hidangan. 2 langit-langit yg menjadi spt bumbung pd sesuatu. 3 bahagian dahan dan daun pokok-pokok yg tinggi, yg seolah-olah berjalin dan berbentuk spt bumbung: ~ hutan mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah dan dgn itu mengurangkan hakisan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengecilkan | 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |