menguruskan | menyebabkan menjadi kurus: Kurang makan dan kurang tidur dpt ~ badan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menguruskan | menyebabkan kurus, membuat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengurus fail(file manager) | 1. Atur cara pengurusan pangkalan data asas yang boleh digunakan untuk menguruskan fail kecil. 2. Atur cara eksekutif sistem talian langsung yang digunakan untuk menguruskan fail dalam sistem. | Kamus Komputer |
mengurus | 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghidupan | cara (menguruskan, menyelenggarakan) hidup, pencarian: Tuan Sutan menghamun pemerintah kerana cuba menukar dan merosakkan ~nya; Badaruddin akrab dgn ~ peneroka hutan di negeri Pahang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelenggarakan | menyelenggarakan, menguruskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengurus syarikat | orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kementerian Kewangan | kementerian yg menguruskan wang negara; kesukaran ~ kesukaran (kekurangan) wang dll;. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kantor pajak | pejabat yg menguruskan cukai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diakoni | IB dewan tempat menguruskan hal orang miskin dlm agama Kristian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |