utama | 1 (yg) penting sekali; (yg) pertama sekali: Makanan ~ bagi orang-orang Malaysia ialah nasi. 2 paling baik; terbaik. mengutamakan 1 menganggap lebih penting drpd yg lain; mementingkan: Kita hendaklah ~ pelajaran drpd segala-gala yg lain. 2 menumpukan perhatian dll kpd. terutama 1 yg terpenting; yg mustahak sekali. 2 yg pertama sekali. 3 lebih-lebih lagi. keutamaan kelebihan drpd yg lain; keistimewaan; keunggulan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
utama | 1. penting sekali, terpenting: beliau sering diberi peranan ~ dlm cerita-cerita sandiwara; ~ jiwa sl jiwa, sukma; air ~ jiwa sl air yg boleh menghidupkan orang-orang yg mati; syarat ~ syarat yg terpenting; 2. paling baik, amat baik, terbaik: kebenaran dan kejujuran itulah menjadi hakim ~; mengutamakan 1. menganggap lebih penting drpd yg lain, menganggap utama, mementing-kan: sistem ekonomi telah mula berubah drpd memiliki tanah kpd ~ wang; 2. menganggap penting hanya, menumpukan perhatian dll kpd: seseorang itu mesti ~ diri sendiri dahulu baru orang lain; terutama 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat; keutamaan 1. kelebihan drpd yg lain-lain tempat yg utama: masalah menjaga ke-amanan negeri hendaklah diberi ~ dlm per-sidangan itu; 2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan: kalau manusia itu tidak mem-punyai fikiran, hilanglah ~nya sbg makhluk yg tinggi; 3. kebaikan budi pekerti; pengutamaan perihal mengutamakan: ~ Bahasa Kebangsaan mestilah diterima oleh segala golongan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengutamakan | 1 menganggap lebih penting drpd yg lain; mementingkan: Kita hendaklah ~ pelajaran drpd segala-gala yg lain. 2 menumpukan perhatian dll kpd. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengutamakan | 1. menganggap lebih penting drpd yg lain, menganggap utama, mementing-kan: sistem ekonomi telah mula berubah drpd memiliki tanah kpd ~ wang; 2. menganggap penting hanya, menumpukan perhatian dll kpd: seseorang itu mesti ~ diri sendiri dahulu baru orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengutamakan | 1 menganggap lebih penting drpd yg lain; mementingkan: Kita hendaklah ~ pelajaran drpd segala-gala yg lain. | Kamus Pelajar |
kependetaan | 1. sbg seorang pendeta: mereka lebih mengutamakan hidup ~; 2. darjah kebijaksanaan pendeta: rangkap-rangkap yg manakah yg buruk baiknya perlu dinilai oleh pendeta mengikut ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengedepankan | 1 meletakkan (menempatkan) di hadapan: Dia ~ kerusi itu. 2 mengemukakan; mengutamakan: Mereka ~ cadangan-cadangan yg baik itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyungguhkan | 1. mengakui, membenarkan, mengesahkan: sekalian yg mendengar itu ~; 2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dgn segenap hati): segala amalan mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan akan dimajukan terus, bahkan mustahak dipersungguhkan lagi; 3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (drpd musuh dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perpatih | 1 panggilan utk pembesar-pembesar negeri di Sumatera dan di Singapura pd zaman dahulu. 2 = adat ~ satu sistem hidup bermasyarakat yg mengutamakan saka drpd baka (diamalkan di Minangkabau dan di Negeri Sembilan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengetepikan | 1 membawa atau menolak ke tepi: Apabila kami sampai, Adli sibuk ~ barang-barang permainan adiknya yg berselerak di tengah rumah. 2 ki tidak mementingkan; tidak mengutamakan; tidak mengendahkan: Mereka membincangkan perkara yg mustahak saja dan ~ perkara yg tidak penting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |