Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.kah] | منکاح

Definisi : berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menikah

Puisi
 

Anak kala memanjat pinang,
     Nampak dari tanah Makkah;
Masa ini kita bertunang,
     Sabar-sabarlah sebelum menikah.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menikahberkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir;Kamus Dewan Edisi Keempat
waliI 1. orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yg boleh menikah­kan pengantin perempuan: Cik Rabiah masih mempunyai ~ ikrabnya yg kuat, iaitu bapanya sendiri; 2. orang yg diberi kuasa (dlm Islam) utk mengurus anak yatim dan hartanya sehingga ia dewasa; 3. = ~ Allah = waliullah orang yg dipilih oleh Allah SWT utk men­dapat pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd kehadiran-Nya: saya ini bukannya keramat atau ~ Allah; 4. orang yg memerintah sesebuah daerah (negeri dll); ~ akrab, ~ ikrab a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; ~ kota Id datuk bandar; ~ negara Id ketua negara bahagian (pd zaman penjajahan Belanda dan zaman Republik Indonesia Serikat); ~ negeri Id a) ketua negeri; b) Gabenor Jeneral; ~ rumah mamak yg berkuasa dlm rumah adat, tungganai; berwalikan mempunyai seseorang sbg wali; mewalikan bertindak sbg wali, menjadi wali utk; memperwalikan menjadikan seseorang (sbg) wali, menunjuk seseorang sbg wali; kewalian darjat sbg seorang wali: sesiapa yg menafikan ~nya dituduh jahil; perwalian 1. perihal wali; 2. pengasuhan anak yatim serta penjagaan hartanya; 3. pengasuh negara yg belum boleh berkuasa sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
nikahakad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan: telah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang; akad ~ perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; ~ batin perkahwinan Orang Laut yg tidak menurut agama Islam; ~ gantung per­kah­winan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn perayaan (suami isteri belum tinggal serumah); ~ taklik nikah dgn syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll); ~ turun malim nikah utk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula); ~ zahir per­kahwinan Orang Laut menurut agama Islam; ~ maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa; masam bagai ~ tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin; bernikah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil; menikah berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir; menikahi berkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri; menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu; nikah-nikahan bp selalu bernikah, suka bernikah; pernikahan perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas