Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nim.bul.kan] | منيمبولکن

Definisi : 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifat­nya yg kasar ~ rasa benci orang ter­hadap­nya; 4. ki menyebabkan berlaku (ter­dapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (meng­adakan, menjadikan, dll); 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelan­jaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nim.bul.kan] | منيمبولکن

Definisi : 1 menyebabkan naik ke atas dr dlm air dll: Setelah jauh dr kapal pembinasa musuh, barulah mereka ~ kapal selam mereka. 2 ki membangkitkan sesuatu perasaan (spt rasa benci, rasa cemburu); menerbitkan: Sifatnya yg angkuh itu ~ ra­sa benci orang terhadapnya. 3 ki menye­babkan berlakunya sesuatu peperangan, pergaduhan dll; mengakibatkan; men­datangkan: Kejadian-kejadian itu dpt ~ perang saudara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timbul (kata kerja)
1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam,
Berantonim dengan tengelam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit,
Berantonim dengan lenyap

3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,

Kata Terbitan : menimbulkan,

Peribahasa

Bagai api dengan rabuk.

Bermaksud :

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing dengan panggang [= balur], b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merangsang1 menimbulkan rangsang atau menimbulkan perasaan yg kuat: Bau sambal tumis ~ hidung. 2 membangkitkan kegembiraan (keberanian dll). ~ hati memanaskan hati; menimbulkan rasa marah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merangsang1 menimbulkan rangsang atau menimbulkan perasaan yg kuat: Bau sambal tumis ~ hidung. 2 membangkitkan kegembiraan (keberanian dll). ~ hati memanaskan hati; menimbulkan rasa marah.Kamus Pelajar
mengasyikkan1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menye­bab­kan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggelikan1. = ~ hati menimbulkan gelak ketawa; 2. menimbulkan rasa geli: maka banyak perkara yg ~ telah disaksikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
rangsangI 1. amat kuat menimbulkan rasa pencium (bau); 2. amat kuat menimbulkan perasaan (marah, gembira, dll): saya sendiri harus mengakui bahawa kadang-kadang terbit ~ saya membaca pemandangan-pemandangannya ...; 3. minuman dll yg menimbulkan kegembiraan (keseronokan, keberanian, dll); 4. (Bio) = perangsang: saraf itu mengalirkan ~ dr alat perasa masuk ke otak; berangsang marah; merangsang 1. menyebabkan berasa rang­sang: di dapur bau daging ~ hidungnya; 2. membangkitkan sesuatu perasaan (spt ke­ghairahan, keberanian, kemarahan, dll), me­nimbulkan sesuatu perkembangan dll: kami diberi minuman utk ~ diri; larangan drpd mengadakan pembicaraan terbuka takut akan ~ rakyat utk bangkit memberontak; cerpen-cerpen beragam macam dgn hiasan ilustrasi yg cukup ~ selera; promosi yg ~ minat pengguna; 3. = ~ hati panas hati, marah: Sutan Ameh ~; ~ hatinya melihat tingkah lakunya itu; terangsang tertarik hati atau timbul minat (keinginan, semangat dsb) terhadap sesuatu atau seseorang kerana didorong oleh sesuatu faktor, ciri, keistimewaan dsb, bersemangat: dia kelihatan ~ dan ingin membacanya selepas itu; sememangnya remaja mudah ~ dan terpengaruh oleh paparan spt itu; rangsangan sesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi: Skinner juga berpegang pd teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada ~ dan gerak balas; perangsangan perihal merangsang; perangsang 1. sesuatu yg digunakan utk menimbulkan rangsang (perasaan marah, gembira, dll); memberi ~ memberi galakan; ubat ~ ubat yg membangkitkan rangsang; 2. kegusaran, kemarahan: ~ hasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi gem­par; naik ~ menjadi marah (gusar); berangsang; serangsang.Kamus Dewan Edisi Keempat
membanggakan1. memegahkan: apakah yg hendak dibanggakan dgn gelaran warisan yg diterimanya itu? 2. menimbulkan rasa bangga, menimbulkan rasa besar hati: keputusan yg dicapai sungguh ~ kita semua;Kamus Dewan Edisi Keempat
menimbulkan1 menyebabkan naik ke atas dr dlm air dll: Setelah jauh dr kapal pembinasa musuh, barulah mereka ~ kapal selam mereka. 2 ki membangkitkan sesuatu perasaan (spt rasa benci, rasa cemburu); menerbitkan: Sifatnya yg angkuh itu ~ ra­sa benci orang terhadapnya. 3 ki menye­babkan berlakunya sesuatu peperangan, pergaduhan dll; mengakibatkan; men­datangkan: Kejadian-kejadian itu dpt ~ perang saudara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menimbulkan kesan burukmendatangkan (meng­akibatkan) kesan buruk;Kamus Dewan Edisi Keempat
menimbulkan kerumitanmenyebabkan terdapatnya kerumit­­­an;Kamus Dewan Edisi Keempat
menimbulkan perang duniamenyebabkan berlakunya perang dunia;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas