merangsang | 1 menimbulkan rangsang atau menimbulkan perasaan yg kuat: Bau sambal tumis ~ hidung. 2 membangkitkan kegembiraan (keberanian dll). ~ hati memanaskan hati; menimbulkan rasa marah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengasyikkan | 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menyebabkan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengharukan | 1 menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan: Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2 ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merangsang | 1 menimbulkan rangsang atau menimbulkan perasaan yg kuat: Bau sambal tumis ~ hidung. 2 membangkitkan kegembiraan (keberanian dll). ~ hati memanaskan hati; menimbulkan rasa marah. | Kamus Pelajar |
timbul | 1 keluar atau naik ke atas dr dlm air, lumpur dll: Setelah menyelam beberapa ketika, dia ~ kembali. 2 terapung-apung di atas air dll; tidak tenggelam: Sabut ~ kalau dicampakkan ke dlm air. 3 terbit (ttg bulan, matahari dll). 4 menyembul sedikit dr permukaan yg rata: huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll. 5 ki terbit atau terlintas dlm hati: Maka ~lah keinginan dlm hatinya hendak pergi berdagang. 6 ki berlaku; terjadi: Maka ~lah perselisihan yg hebat antara kedua-dua sahabat itu. ~ tenggelam a. sebentar timbul sebentar tenggelam (spt sabut yg diumbang-ambingkan oleh ombak). b. ki kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. menimbulkan 1 menyebabkan naik ke atas dr dlm air dll: Setelah jauh dr kapal pembinasa musuh, barulah mereka ~ kapal selam mereka. 2 ki membangkitkan sesuatu perasaan (spt rasa benci, rasa cemburu); menerbitkan: Sifatnya yg angkuh itu ~ rasa benci orang terhadapnya. 3 ki menyebabkan berlakunya sesuatu peperangan, pergaduhan dll; mengakibatkan; mendatangkan: Kejadian-kejadian itu dpt ~ perang saudara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merisaukan | 1 menimbulkan rasa risau; menyusahkan hati; menggelisahkan: Kematian bapanya secara mengejut itu ~nya. 2 berasa risau akan (ttg) sesuatu: Apakah yg dirisaukan? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghebohkan | 1 menimbulkan keadaan gempar, riuh dll; membuat bising; membuat riuh, huru-hara dll: Kehilangan adik saya ~ saudara-mara serumah. 2 menyebabkan (membuat) orang ramai tahu akan sesuatu perkara dan memperkatakannya: Dia dilarang ~ berita angin itu | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membanggakan | 1 menimbulkan rasa bangga; menyebabkan berasa megah: Kejayaannya dlm pelajaran ~ kedua-dua ibu bapanya. 2 berbesar hati kerana: ~ kejayaan diri sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menerbitkan | 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. menge-luarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. menghasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memprihatinkan | 1. menimbulkan rasa mengambil berat, memberi perhatian; 2. menimbulkan rasa sedih (kpd), menyedihkan: soal akhlak inilah yg ~ para pemimpin dr dulu hingga sekarang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |