Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
timpa; bertimpa-timpa bersusun atau bertindih banyak-banyak; berturut-turut berlakunya: ~ suratnya datang. Kesusahan yg datang ~. menimpa 1 jatuh menindih sesuatu; menghempap: Sebiji kelapa telah ~ kepalanya. 2 ki kena atau berlaku kpd; mengenai: Berbagai-bagai bencana telah ~ keluarga yg miskin itu. menimpakan 1 menjatuhkan supaya menindih atau menghempap sesuatu; menghempapkan. 2 menye­babkan seseorang memikul beban, tanggungjawab dll; mengenakan hu­kuman dll (kpd): Segala kesalahan itu ditimpakannya kpd temannya. tertim­pa ditimpa oleh; tertanggung atau ter­kena sesuatu yg kurang baik (spt penyakit, hukuman).Kamus Pelajar Edisi Kedua
timpabertimpa-timpa = timpa-bertimpa 1. bertindih-tindih atau bersusun-susun banyak-banyak; 2. berturut-turut datangnya (berlakunya): penyakit pun ~lah datang; mendapat keuntungan dan kemujuran timpa-bertimpa; menimpa 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn se-suatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak; menimpai menimpa pd: titik-titik embun ~ daun; besarlah kerugian yg akan ~ mereka; menimpakan 1. menjatuhkan sesuatu supaya menindih (menghempap) sesuatu, menjadi-kan menimpa; 2. mempertang­gungkan (me-ngenakan, memikulkan) sesuatu yg tidak menyenangkan (hukuman, kesalahan, dll): begitu berat hukuman yg ditimpakan pada-nya; 3. Jk mengenakan (pukulan, tetakan): ia ~ parangnya pd bahu pencuri itu; tertimpa 1. ditimpa (oleh), tertanggung (ter-beban, terkena) sesuatu yg menyukarkan (spt penyakit, kemalangan, dll): setelah ia besar tanggungjawab mengurus hal-hal keluarga-nya ~ di atas dirinya; badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit tersebut; 2. = ketimpaan Jk terpukul, dicuri, dirompak; timpaan 1. tindihan, himpitan (yg kuat): perkara yg aku tanggung ini lebih berat drpd ~ sebuah gunung; 2. beban atau tanggungan (yg menyukarkan); 3. Jk (barang) curian.Kamus Dewan Edisi Keempat
melanda1. memasuki atau menimpa (sesuatu) dgn keras (hebat, paksa), melanggar, merempuh, menempuh: sekali bergegar juga gubuk itu dilanda angin; kalau musuh hendak ~ tanah air kita, langkah mayat pemuda pemudinya dahulu; 2. ki menimpa (menguasai): sekarang putus asa ~ jiwanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
landa I; melanda 1. memasuki atau menimpa (sesuatu) dgn keras (hebat, paksa), melanggar, merempuh, menempuh: sekali bergegar juga gubuk itu dilanda angin; kalau musuh hendak ~ tanah air kita, langkah mayat pemuda pemudinya dahulu; 2. ki menimpa (menguasai): sekarang putus asa ~ jiwanya; melandai menempuhi (dgn paksa), melalui: ia ingin mencari hidup yg lebih bagus drpd yg pernah dilandainya; terlanda terlanggar, dirempuh: ingat, jangan ~ anak isteri orang apabila berjalan-jalan di pasar; landaan hasil melanda, rempuhan: kesan drpd ~ hujan asid itu; pelandaan perbuatan melanda: peluasan kuasa penjajah merupakan satu proses ~ yg agak mustahil dapat dibendung.Kamus Dewan Edisi Keempat
menimpa1 jatuh menindih sesuatu; menghempap: Sebiji kelapa telah ~ kepalanya. 2 ki kena atau berlaku kpd; mengenai: Berbagai-bagai bencana telah ~ keluarga yg miskin itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menimpa1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn sesuatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak;Kamus Dewan Edisi Keempat
menimpa1 jatuh menindih sesuatu; menghempap: Sebiji kelapa telah ~ kepalanya.Kamus Pelajar
ruat IIJw 1. pulih kembali spt sediakala (jadi-jadian, orang kena tulah, dll); 2. terselamat (terlepas, bebas) drpd nasib buruk yg akan menimpa (bagi orang yg menurut kepercayaan akan tertimpa nasib buruk); 3. = ruatan upacara menyelamatkan orang drpd nasib buruk yg akan menimpa, upacara menolak bala; meruat 1. mengembalikan kpd keadaan yg dahulu: ~ harimau jadi-jadian; 2. menye­lamatkan orang drpd malapetaka yg akan mengenainya, menolak bala.Kamus Dewan Edisi Keempat
merundung1 mengganggu atau mengacau; menyusahkan. 2 menimpa (bkn kemalangan, kecelakaan dll): Nasibnya dirundung malang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bencana1 sesuatu malapetaka atau kemalangan yg menimpa; kecelakaan: Dlm ~ itu, tiga orang pekerja telah mati ditimpa batu. ~ alam bencana atau kecelakaan yg berlaku, spt gempa bumi dan banjir. 2 kesusahan yg disebabkan oleh sesuatu; gangguan: Mudah-mudahan engkau terselamat drpd ~ hantu dan syaitan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456789

Kembali ke atas