meningkat-ningkat | 1. terus meningkat (bertambah dll): keuntungan yg diperolehnya ~; 2. menjadikan bertingkat-tingkat (berlapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mentah | 1. belum masak (buah-buahan dll), masih muda; 2. tidak masak betul (barang yg dimasak): nasi yg dimasaknya ~; 3. belum dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak: rojak biasanya dibuat drpd sayur-sayuran ~; 4. belum sempurna atau mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dll); 5. belum diolah atau dikerjakan (bahan galian dll), belum diproses (utk dijadikan barang yg lebih sempurna dsb): ekonomi negeri kita ber-gantung pd pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah; eksport petroleum ~ juga meningkat 1%; 6. belum sempurna (akal, fikiran, dll), masih belum dewasa atau matang: anak-anak muda yg masih ~ ini akan ter-korban oleh adat masyarakat; mentah-mentah 1. tidak dimasak atau direbus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulatbulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik; kementahan perihal mentah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkat | 1 lapis sesuatu benda (spt bangunan, tangga) yg bersusun-susun atau berlonggok-longgok: Rumah pangsa itu sepuluh ~ tingginya. 2 taraf kedudukan; darjat; pangkat: Ada antara Duta Besar yg sama ~nya dgn Menteri. 3 peringkat sesuatu kejadian: Pembinaan masjid itu masih pd ~ awal. bertingkat ada tingkatnya; mempunyai tingkat. bertingkat-tingkat 1 bersusun-susun atau berlapis-lapis: Bangunan di bandar itu kebanyakannya ~. 2 berpangkat-pangkat atau berkelas-kelas. meningkat 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badannya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 berubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah bertambah baik. meningkatkan meninggikan kedudukan, taraf dll. Mereka berusaha utk ~ taraf hidup. mempertingkatkan menjadikan bertingkat(-tingkat). tingkatan 1 peringkat; kelas; taraf (kedudukan dsb): orang ~ atasan orang dr golongan atasan. 2 darjah (di sekolah menengah). peningkatan perbuatan, hal dsb meningkat atau meningkatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tingkat | 1. lapis drpd sesuatu benda (binaan dll) yg berbentuk bersusun-susun (bertindih-tindih, berlapis-lapis), lantai ketinggian, lenggek (bangunan), tumpuan (tangan dll): bangunan enam ~ itu akan siap hujung tahun ini; mangkuk ~ bekas yg bertindih-tindih dan dirangkaikan oleh pemegangnya, mangkuk tepen, siya; ~ peraduan lantai yg lebih tinggi letaknya utk tempat tidur; 2. = tingkatan taraf kedudukan (jawatan, kemajuan, dll), darjat, kelas, pangkat, peringkat: jawatannya sekarang lebih tinggi ~nya drpd jawatan sebelumnya; kemajuan ekonomi negeri ini sudah mencapai tingkatan yg agak tinggi; ~ hidup taraf hidup; 3. = tingkatan batas waktu, perenggan sesuatu kejadian (proses), takat: rancangan itu masih dlm ~ permulaan; setingkat 1. satu tingkat (tingkatan); 2. = ~ dgn sama tingkatnya atau martabatnya dll (dgn), setaraf (dgn); ~ demi ~ sedikit demi sedikit (bertambah dll); tingkat-tingkat Mn pemijak kaki; tetingkat kepingan papan dsb tempat me-letakkan buku (pakaian, kasut, dsb), rak, para; bertingkat ada tingkatnya, mempunyai tingkat; bertingkat-tingkat 1. berlenggek-lenggek, bersusun-susun, bertindih-tindih: bangunan-bangunan lama dirobohkan dan pd tempatnya didirikan bangunan yg ~; 2. berkelas-kelas, berpangkat-pangkat, bertaraf-taraf: kebolehan kanak-kanak dlm pelajaran mereka ~ antara seorang dgn yg lain; kedudukan manusia dlm sesuatu masyarakat lazimnya ~; 3. makin tinggi (naik, sukar, dll) sedikit demi sedikit: dlm tempoh sepuluh tahun pangkatnya naik ~ drpd askar biasa menjadi kapten; meningkat 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri memberi pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; meningkat-ningkat 1. terus meningkat (ber-tambah dll): keuntungan yg diperolehnya ~; 2. menjadikan bertingkat-tingkat (berlapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain); meningkatkan meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memper-hebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri membesarkan (mengangkat) diri; mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; tingkatan tingkat, kelas, peringkat, perenggan, takat; ~ gaji peringkat (tingkat) gaji; orang ~ atasan orang kelas (golongan) atasan; peningkatan perbuatan (usaha dsb) meningkatkan atau mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meningkat | 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badannya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 berubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah bertambah baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meningkat | 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri memberi pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meningkat | 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badannya ~ dr 100oF hingga ke 103oF. | Kamus Pelajar |
memuncak | 1. menuju ke puncak, membumbung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi: api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting, tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga): kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenjak | 1. menirus ke atas, meruncing (tentang destar, tengkolok, dll); 2. meningkat naik (jalan dll); ® tanjak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membangun | 1. bangun berdiri, bangkit, naik (awan dll): pelangi ~; 2. berkembang dan meningkat maju: negara-negara yg sedang ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |