menirus | menjadi kecil ke hujung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menirus | menjadi tirus, melancip, meruncing: di bahagian kiri terbentang sebidang sawah yg ~ hilang ke belakang tanjung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menirus | menjadi kecil ke hujung. | Kamus Pelajar |
tirus | makin ke hujung makin kecil; runcing: Mata keris itu panjang dan ~. menirus menjadi kecil ke hujung. meniruskan menjadikan tirus: Dia ~ hujung buluh itu. ketirusan keadaan tirus. penirusan perbuatan, hal dsb menirus atau meniruskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tenjak | 1. menirus ke atas, meruncing (tentang destar, tengkolok, dll); 2. meningkat naik (jalan dll); ® tanjak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanjak | 1. menirus ke atas, meruncing; 2. memanjat (bukit dll), mendaki, menaiki: aku surut selangkah memberikan kesempatan kepadanya ~ tangga; 3. menjadi lebih tinggi (jalan dll), mendaki: dia berjalan menuju tangga yg ~ ke atas anjung; mereka mendaki jalan yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tirus | menirus menjadi kecil ke hujung. | Kamus Pelajar |
penirusan | perbuatan, hal dsb menirus atau meniruskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pear | (péar) sj buah yg berbentuk sfera di bawahnya dan menirus menuju ke atas, dgn isi berwarna putih, dan kulit yg berwarna hijau lembut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lanjung | 1. tinggi atau panjang halus (tebu dll), tinggi kurus, tinggi menirus; 2. Mn tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |