Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.tah.kan] | منيتهکن

Definisi : memerintahkan, menyuruh: maka raja China pun ~ utusan ke Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.tah.kan] | منيتهکن

Definisi : menyuruh atau me­merintahkan: Baginda telah ~ Hang Tuah pergi mengeluari orang yg mengamuk itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titah (kata nama)
Bersinonim dengan kata, perintah, firman, sabda, suruhan, arahan;,
Kata Terbitan : bertitah, menitahkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menitahkanmenyuruh atau me­merintahkan: Baginda telah ~ Hang Tuah pergi mengeluari orang yg mengamuk itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menitahkanmemerintahkan, menyuruh: maka raja China pun ~ utusan ke Melaka.Kamus Dewan Edisi Keempat
menitahkanmenyuruh atau memerintahkan: Baginda telah ~ Hang Tuah pergi mengeluari orang yg mengamuk itu.Kamus Pelajar
mensabdakanmengucapkan, menitahkan: hadis yg disabdakan oleh Rasulullah.Kamus Dewan Edisi Keempat
titahmenitahkan menyuruh atau memerintahkan: Baginda telah ~ Hang Tuah pergi mengeluari orang yg mengamuk itu.Kamus Pelajar
titahbd kata atau perintah raja. ber­titah berkata atau memberi perintah: Raja telah ~ kpd rakyatnya di balairung seri. menitahkan menyuruh atau me­merintahkan: Baginda telah ~ Hang Tuah pergi mengeluari orang yg mengamuk itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
langit-langit1. kain yg dipasang di atas bilik (di bawah atap), papan dll yg dipasang di bawah atap, kain bahagian atas kelambu: baginda menitahkan pula mereka mem­bentangkan tabir dan ~ yg indah-indah warnanya; 2. bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian lembut dan keras); berlangit-langit mempunyai langit-langit (bkn kelambu dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
perburuan1. binatang yg diburu: ~ banyak di hutan ini; 2. perkakas (kelengkapan dll) utk berburu: anjing ~; 3. perihal (perbuatan) berburu: maka Seri Betara pun segeralah menitahkan Raden Aria pergi bertanyakan khabar ~; 4. tempat berburu;Kamus Dewan Edisi Keempat
sabdabh kata Allah (nabi, raja, orang besar-besar), titah: maka ~ rasul Allah, adapun namamu Sultan Muhammad; bersabda berkata, bertitah: undang tidak dua kali ~, lembaga tidak dua kali berkata; mensabdakan mengucapkan, menitahkan: hadis yg disabdakan oleh Rasulullah.Kamus Dewan Edisi Keempat
sembah1. penghormatan kpd raja dll (dgn menangkupkan kedua-dua tapak tangan serta menyusun jari dan mengangkat ke atas hingga ke paras dagu ataupun hingga ke dahi): mengangkat ~; 2. kata-kata yg ditujukan kpd raja (orang yg dimuliakan): setelah raja China mendengar ~ tabib itu, maka raja China pun menitahkan utusan ke Melaka minta air basuh kaki raja Melaka; berdatang ~ berkata kpd raja (orang yg dimuliakan); ~ salam = ~ dan sujud hormat dan khidmat (dlm surat-menyurat kpd orang yg dihormati dll); ~-simpuh tertib sopan (kelakuan); bersembah berkata dgn hormat dan takzim; bersembahkan sl = mempersembahkan; menyembah 1. memberi hormat dgn meng-angkat sembah: maka sekalian orang yg duduk di bawah itu pun ~; 2. memberi hormat dgn mencium dll pd (lutut dll): anak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya; 3. menghormati sesuatu sbg Tuhan atau dewa, memuja: ~ berhala; ~ mata-hari; 4. mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dll), tunduk kpd, mengaku taat kpd: Sultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam; ~ bumi tumbang tertiarap di bumi, roboh: dia tersungkur ~ bumi dgn kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yg kegemparan; kondominium yg sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi; menyembahkan, mempersembahkan 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; sembahan yg disembah (Tuhan), yg dipuja-puja atau dihormati, pujaan: berhala yg menjadi ~ penganut agama Buddha; persembahan 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu; penyembahan 1. perihal menyembah atau memuja; 2. pemujaan; penyembah orang yg menyembah, pemuja: ~ berhala.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas