titik III | bertitik dipukul, ditempa; emas ~ emas yg ditempa; menitik 1. memukuli (besi, emas, dll) berkali-kali, menempa: orang yg hendak dihukum bunuh terlebih dahulu dititik semua tulang sendinya sehingga hancur; ~ emas; 2. bp memukul (kerana mendenda), merotan: kalau kau tidak ke sekolah esok aku titik sampai teruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengimpal | 1 menitik emas dll utk dijadikan sesuatu; menempa. 2 menyambung besi dll dgn memanaskannya dan menitiknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kimpal | ; mengimpal 1 menitik emas dll utk dijadikan sesuatu; menempa. 2 menyambung besi dll dgn memanaskannya dan menitiknya. kimpalan apa-apa yg telah dikimpal; hasil perbuatan mengimpal. pengimpalan perbuatan atau hal mengimpal. pengimpal orang yg mengimpal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gerimis | 1 tidak lebat dan menitik halus-halus (ttg hujan); renyai. 2 = hujan ~ hujan yg menitik halus-halus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hujan | 1. air yg turun (menitik dgn banyaknya) yg terpeluwap drpd wap di atmosfera: pagi ini ~ turun dgn lebatnya; musim ~ = ketika ~ musim yg hujan selalu turun; 2. = hari ~ air sedang turun (menitik dgn banyaknya): apabila ~, banyak orang datang lambat ke pejabat; kalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi; 3. ki spt hujan (banyak-banyak) datangnya dll: ~ bom; ~ peluru; ~ wang; ~ abu a) abu yg jatuh dgn banyak dr udara (apabila gunung berapi meletus dll); b) = ~ bubuk hujan menitik halus spt kabus (biasanya pagi-pagi); ~ air mata banyak air mata dicucurkan; ~ asid air hujan yg dicemari asid yg dibebaskan ke udara drpd kilang, asap kereta dll; ~ batu = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; ~ bubuk hujan abu; ~ bukit (Geog) hujan yg turun kerana awan yg membawa hujan tersekat oleh bukit; ~ darah a) = ~ merah hujan yg airnya kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pd tanah; b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dsb); ~ gerimis = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak; ~ lalu = ~ lari = ~ halau mentua hujan sebentar sahaja; ~ lebat = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun; ~ manik Kl hujan yg titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara; ~ perolakan (Geog) hujan yg disebabkan oleh perolakan udara panas ke atas; ~ rahmat a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut; ~ siklon (Geog) hujan yg disebabkan oleh udara panas yg lembap yg bergerak ke atas udara yg lebih sejuk; ~ tahunan banyaknya hujan jatuh dlm setahun; ~ berbalik ke langit prb perihal orang yg lebih (kuat, pandai, dll) meminta tolong kpd orang yg kurang (lemah, bodoh, dll); ~ berpohon, panas berasal prb sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya; ~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = ~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita prb sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri; ~ menimpa bumi prb seseorang itu mesti tunduk kpd perintah pihak yg berkuasa; ~ tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat prb sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dgn sekali gus; ada ~ ada panas, ada hari boleh balas prb nescaya akan ada peluang utk membalas kejahatan orang terhadap kita; bagai ~ jatuh ke pasir prb kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas); ke mana tumpah ~ dr bumbung, kalau tidak ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); tidak ~ lagi becak, inikan pula ~ prb tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita; sehujan; garisan ~ (Geog) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama banyak hujannya; berhujan, berhujan-hujan sengaja berjalan (bekerja, bermain-main, dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan: nelayan yg berpanas dan ~ di laut; menghujan spt hujan (datangnya dll banyak-banyak): panah pun ~ datangnya; menghujani 1. mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan; menghujankan 1. menurunkan hujan pd, membasahkan seseorang atau sesuatu dlm hujan: kalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku; 2. ki menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak; memperhujankan membiarkan basah kena hujan; mahukah orang ~ garamnya prb mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara, dll) sendiri; kehujanan kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan; kambing ~; kera ~; penghujan = musim ~ musim hujan; hari ~ hari yg selalu hujan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menitik | 1. memukuli (besi, emas, dll) berkali-kali, menempa: orang yg hendak dihukum bunuh terlebih dahulu dititik semua tulang sendinya sehingga hancur; ~ emas; 2. bp memukul (kerana mendenda), merotan: kalau kau tidak ke sekolah esok aku titik sampai teruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kimpal | mengimpal 1. menitik emas dll utk dijadikan sesuatu; menempa. 2. menyambung besi dll dgn memanaskannya dan menitiknya. kimpalan apa-apa yg telah dikimpal; hasil perbuatan mengimpal. | Kamus Pelajar |
gerimis | 1. tidak lebat dan menitik halus-halus (ttg hujan); renyai. 2. = hujan ~ hujan yg menitik halus-halus. | Kamus Pelajar |
mengimpal | 1. memukul atau menitik (emas dll) utk dibuat sesuatu, menempa (emas dll); 2. mencantumkan (menyambung) besi dll dgn jalan memanaskan dan memukulnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabas | Mn 1. air yg menitik dr daun sesudah hujan; hari ~ hari gerimis; hujan ~-~ hujan rintik-rintik, gerimis; 2. bertitikan (air, air mata, dll), berjatuhan, berguguran, berluruhan (buah-buahan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |