melengkok | menjadi bengkok; menjadi melengkung (ttg dawai yg dipanaskan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengendur | menjadi kendur; menjadi tidak kencang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyaru | 1 menjadi saru; menjadi tidak jelas. 2 mengubah rupa atau pakaian supaya tidak dikenali orang; menyamar: Antaranya ada yg ~ sbg penoreh getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpadu | 1 bercampur menjadi satu; menjadi sebati benar: Zat besi mudah ~ dgn oksigen. 2 bergabung dlm satu pasukan atau kesatuan: Seluruh rakyat Malaysia ~ menentang penjajahan. 3 bercampur dgn; bergaul: Suka dan duka ~ mengharukan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersenyawa | 1 menjadi satu; bersebati: Hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan, ~ menjadi air. 2 menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meruncing | 1 berbentuk runcing; menjadi runcing: Benua India ~ ke selatan. 2 menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang (bkn keadaan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saru | tidak jelas pd pandangan atau pd pendengaran; tidak nyata; samar-samar. menyaru 1 menjadi saru; menjadi tidak jelas. 2 mengubah rupa atau pakaian supaya tidak dikenali orang; menyamar: Antaranya ada yg ~ sbg penoreh getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kembang I | 1 mekar terbuka (bkn kuntum bunga dll); menjadi terbuka atau terbentang (bkn payung, layar dll): Bunga itu sudah ~. 2 menjadi besar atau menjadi luas; muai atau naik (bkn adunan dll): Logam itu dipanaskan dahulu supaya ~. ~ kempis a. turun naik dadanya ketika bernafas dll. b. = ~ kuncup sekejap kembang (terbuka) dan sekejap kuncup (tertutup). berkembang 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. berkembangan berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali. mengembang menjadikan kembang: Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. mengembangkan 1 membuka (payung, layar dll) supaya kembang: ~ payung; ~ sayapnya. 2 menjadikan besar (luas dll): Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3 menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: ~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4 menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x – 2) (2x + 3). memperkembang menjadikan lebih kembang: ~ dan memperkaya bahasa Melayu. terkembang terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. perkembangan keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~ agama Islam. pengembangan perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. pengembang; ~ agama orang yg menyebarkan agama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
padu I | 1 tidak hancur atau tidak berongga; pejal lagi tumpat keadaannya: Gelangnya dibuat drpd emas ~. 2 telah benar-benar menjadi satu (bkn benda-benda yg dicampurkan); telah benar-benar sebati. 3 teguh dan kuat; kukuh: pasukan yg ~. berpadu 1 bercampur menjadi satu; menjadi sebati benar: Zat besi mudah ~ dgn oksigen. 2 bergabung dlm satu pasukan atau kesatuan: Seluruh rakyat Malaysia ~ menentang penjajahan. 3 bercampur dgn; bergaul: Suka dan duka ~ mengharukan hati. memadu 1 mengaduk atau mengadun sesuatu supaya benar-benar bercampur: Ibu sedang ~ telur dgn tepung utk membuat kuih. 2 meleburkan dan mencampurkan supaya menjadi satu (bkn logam): ~ perak dgn tembaga. 3 menggabungkan supaya menjadi satu; menyatukan: Kita perlu ~ tenaga utk mempertahankan negara kita drpd serangan musuh. 4 membuat perjanjian dll dgn sungguh-sungguh; menguatkan janji dll: ~ janji. 5 mencari-cari utk mengetahui cocok tidaknya; menyesuaikan; memadankan: ~ pakaian; ~ pendapat. paduan sesuatu yg sudah dipadu; apa-apa yg sudah disatukan. kepaduan hal atau keadaan padu; kesatuan. perpaduan keadaan atau hal berpadu; persatuan: Dia tidak mahu menjadi orang yg memecahbelahkan ~ umat Islam. pemaduan perbuatan atau hal memadu: Air terjadi drpd ~ oksigen dan hidrogen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mangsa | 1 binatang yg menjadi makanan binatang lain: Seekor harimau sedang mencari ~nya. 2 sesuatu yg menjadi sasaran atau tujuan sesuatu perbuatan jahat dll. 3 orang atau barang yg menjadi korban sesuatu kemalangan dll: Dua orang kanak-kanak telah menjadi ~ banjir itu. memangsakan menjadikan seseorang atau sesuatu sbg mangsa: Kemusnahan alam sekitar ~ manusia. pemangsaan perihal atau perbuatan menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: ~ jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang. pemangsa binatang yg memakan binatang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |