bangkut | tidak menjadi besar, kerdil (orang, pokok, dll); tanduk ~ tanduk yg tidak menjadi besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membesarkan | 1 menyebabkan menjadi besar: Dia sedang ~ rumahnya. 2 menjaga atau memelihara hingga menjadi besar: Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita yg telah bersusah payah ~ kita. 3 menganggap penting atau tinggi: Jika kita suka ~ diri, kita akan dibenci orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umbi | 1 akar yg menjadi besar dan berisi (spt keledek). 2 pangkal batang yg menjadi besar dan berisi (spt keladi). 3 pangkal batang pohon berdaun tunggal atau monokotiledon (spt kelapa, pisang). 4 = akar ~ akar dr batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah; akar tunjang. berumbi ada umbinya; berisi. berurat ~ ki sudah mendalam benar (bkn sesuatu perasaan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membesarkan | 1. menyebabkan menjadi besar:Dia sedang ~ rumahnya. 2. menjaga atau memelihara hingga menjadi besar: Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita yg telah bersusah payah ~ kita. 3. menganggap penting atau tinggi: Jika kita suka ~ diri, kita akan dibenci orang. | Kamus Pelajar |
membesarkan | 1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar: lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan; 2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dll): ayahku dibesarkan di Melaka; 3. menganggap tinggi (penting dll); 4. meluaskan: ~ tanah jajahan; ~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya; 5. menambah bilangan ahli (anggota dlm sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dsb): ~ pasukan tentera; 6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan: ~ Nabi Muhammad SAW; ~ api menambah besar nyala api; ~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri; ~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan; ~ lampu menambah besar nyala lampu; ~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar; ~ modal menambah modal; ~ semangat memberanikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membesar | menjadi besar; bertambah besar: Tiap-tiap benda yg hidup pasti akan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membesar | menjadi besar; bertambah besar: Tiap-tiap benda yg hidup pasti akan ~. | Kamus Pelajar |
melembung | menjadi besar kerana berisi angin (air dll): Perut budak yg mati lemas itu ~ kerana banyak tertelan air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melembung | menjadi besar kerana berisi angin (air dll): belon itu hendaklah ditiup ~ hingga pecah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengoyak | menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-laung) kuat-kuat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |